Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ram]/[ḥa.ram] | حرام

Definisi : 1. hukum tegahan (dlm Islam) yg di­janjikan ganjaran pahala bagi orang yg mematuhinya dan dosa bagi orang yg meng­ingkarinya: babi ~ dimakan oleh orang Islam; tidak peduli halal ~ tidak mengendah­kan hukum; 2. ditegah (terlarang) oleh undang-undang, tidak sah (di sisi undang-undang): dia ditangkap kerana masuk secara ~ ke negeri ini; kumpulan ~; rumah ~ rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan atau milik orang lain tanpa kebenaran, rumah kilat; tanah ~ tanah yg diduduki atau dikerjakan tidak dgn izin kerajaan (tuannya); 3. suci, tidak boleh dikerjakan hal-hal yg tidak menentu; Tanah H~ Mekah dan Madinah; Masjidil~ masjid Mekah; 4. bp sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul: ~, aku tidak tahu-menahu langsung mengenai perkara itu; 5. bp sedikit pun, langsung (tidak), sama sekali (tidak): ia lari terus, ~ tidak menoleh ke belakang; sehingga hampir waktu senja, jejak babi tunggal tidak juga ditemui, malah berbau pun ~; 6. bp tidak ada, tiada (satu antara yg banyak): ~ seorang pun di antara pengunjung kamar itu tahu bahawa mereka sedang dikepung; ~ jadah (zadah) a) (kata makian) anak yg tidak sah (lahir di luar nikah); b) (kata makian secara am) celaka: lori ~ jadah itu bukan kenal jenis makhluk; mengharamkan memandang (menganggap, menyatakan) haram (tidak halal), melarang, menegah: agama Islam ~ penganut-pe­nganutnya minum arak, berjudi dan me­lakukan beberapa perbuatan lain; 2. tidak membenarkan (mengizinkan, melulus­kan, dsb), menetapkan (mengisytiharkan) sbg me­langgar undang-undang, menegah: keraja­an telah ~ penerbitan buku itu; 3. berteguh hati (berazam) utk tidak melakukan sesuatu: dia ~ dirinya drpd memasuki tempat yg terkutuk itu lagi; pengharaman tindakan atau ketetapan me­ng­­haramkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan: ~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesi­hatan; beberapa buah negara men­cadang­kan ~ senjata-senjata atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ram]/[ḥa.ram] | حرام

Definisi : 1 ditegah atau tidak dibenarkan oleh agama Islam; tidak halal: Daging babi ~ dimakan oleh orang Islam. 2 ditegah atau dilarang oleh undang-undang; tidak sah: Bapanya ditangkap kerana terlibat dlm kumpulan ~. mengharamkan 1 memandang (menetapkan) haram; mengatakan haram; melarang; menegah: Agama Islam ~ orang-orang Islam meminum arak atau berjudi. 2 melarang drpd melakukan sesuatu; menegah: Kerajaan telah ~ orang ramai membaca majalah itu. pengharaman perbuatan atau hal mengharamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haram
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan ditegah
( dilarang, dicegah, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sungguh-sungguh, betul-betul, beriya-iya, benar-benar, sedikit pun, langsung,
(kata tugas:)

Kata Terbitan : mengharamkan, pengharaman,

Puisi
 

Pisau kecil hulunya gewang,
     Jatuh ke kaki haram tak luka;
Dara kecil permainan abang,
     Jatuh hati haram tak lupa.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Makan masak mentah.

Bermaksud :

Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MASJID AL-HARAM

Masjid al-Haram ialah masjid terbesar di dunia yang wajib dikunjungi oleh umat Islam yang menunaikan ibadat haji. 

KEJURUTERAANBangunan/Kota
HARAM

Haram, sesuatu yang ditegah oleh syarak dengan tegahan yang pasti. Seseorang yang melakukan perkara yang diharamkan adalah berdosa dan akan menerima balasan daripada Allah SWT berupa azab di akhirat kelak.

AGAMAKonsep
ZINAPersetubuhan yang tidak sah atau haram antara lelaki danpermpuan tanpa ikatan nikah yang mengikut syarak.AGAMAKonsep
SAFAMerupakan sebuah bukit kecil yang kini terletak di dalam kawasan Masjidil Haram di Mekah.AGAMABandar/Negeri/Negara/Tempat
MASJIDILAQSA

Masjidilaqsa ialah kiblat pertama umat Islam

dan tanah haram ketiga serta tempat

persinggahan Rasulullah SAW ketika Mikraj, juga

tempat sembahyang semua nabi pada malam

Israk.

UMUM 
KAABAH YANG MULIA

Kaabah Yang Mulia dikenali juga dengan

Baitullah al-Haram ialah kiblat bagi umat Islam.

UMUM 
SETINGGAN DI AUSTRALIA

Setinggan di Australia pada mulanya ialah

penggembala-penggembala yang menduduki

tanah kerajaan secara haram. Lama-kelamaan,

ramai antara mereka menjadi penternak lembu

yang kaya dan dihormati.

UMUM 
MAHRAM

Mahram, lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin.  Para fuqaha telah membahagikan pengharaman berkahwin antara lelaki dan perempuan kepada dua kategori iaitu Haram Mu‘abbad dan Haram Mu‘aqqat. Dalam kategori yang pertama, lelaki dan perempuan diharamkan berkahwin disebabkan tiga perkara iaitu nasab keturunan, persemendaan, dan penyusuan.

AGAMAKonsep
ABU DHAR, GHAFFARIY

Abu Dhar, Ghaffariy ( ? –32 H./?–652 M.),

sahabat Nabi yang setia, ahli hadith dan fiqh serta

antara golongan awal yang memeluk Islam dan

merupakan golongan ahl al-Suffah. Nama penuhnya

ialah Jundub ibn Janadah ibn Sufyan ibn ‘Ubayd ibn

Haram ibn Ghaffar. Dia ialah saudara kepada

Tha’labah, iaitu anak kepada Mulayl ibn Dumrah,

saudara kepada Layth dan al-Dil, iaitu anak-anak

kepada Bakr. Dia juga saudara kepada Murrah, iaitu

ayah kepada Mudlaj ibn Murrah dan anak kepada

Abd Manat ibn Kinanah. Gelarannya ialah Abu Dhar.

UMUM 
SURAH AL-HAJJ

Surah al-Hajj ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-22 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hajj sebagai mengingati

seruan Nabi Ibrahim a.s. selepas selesai membina

Kaabah yang menyeru manusia menunaikan haji di

Baitullah al-Haram.

UMUM 
12

Kembali ke atas