Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rap.kan] | هارڤکن

Definisi : harap akan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata harapkan

Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Harapkan burung terbang tinggi,
     punai di tangan dilepaskan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
harapkan pagar,pagar makan padi atau harapkan pegar,pegar makan padiBuku peribahasa mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat yang mengatakan peribahasa yang betul ialah "Harapkan pegar, pegar makan padi", namun belum dapat dipastikan kesahihannya. Sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut.Lain-lain29.10.2015
Kenapa peribahasa Harapkan Pagar Pagar Makan Padi tukar kepada Harapkan Pegar Pegar makan PAdiKamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi yang banyak dibincangkan dalam media belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan.Lain-lain03.06.2015
Saya inginkan pengesahan berkaitan peribahasa yang berikut: harapkan pagar, pagar makan padi ATAU harapkan pegar, pegar makan padi.Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan.Tatabahasa10.09.2013
Selamat pagi. 1. Peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi' dengan 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'Melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga'. Yang mana satukah peribahasa yang paling betul. Terima kasih.Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan.Tatabahasa03.09.2013
yang mana betul, harapkan paga, pagar makan padi atau harapkan pegar, pegar makan padi. mohon pencerahan. terima kasih.Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah "harapkan pagar, pagar makan padi". Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali bentuk asal peribahasa tetap dikekalkan.
Tatabahasa29.09.2014
Ada satu peribahasa yang mendapat perhatian di laman maya: Harapkan pagar, pagar makan padi....dikatakan yang sebenarnya Harapkan pegar, pegar makan padi..Pegar ialah sejenis burung. Masih belum diputuskan kesahihannya. Harap pihak DBP boleh memberi penjelasan tentang kemusykilan ini.Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi”  (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan.Lain-lain30.03.2012
Yang mana betul, 1. 'harapkan pagar, pagar makan padi' atau 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga'Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah 'harapkan pagar, pagar makan padi' dan 'melepaskan batuk di tangga'. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan.Lain-lain31.01.2012
Nak tanya yg mana simpulan bahasa yang betul; 1.Bagai melepas batuk di tangga atau bagai melepas batok di tangga. 2. Harapkan pagar, pagar makan padi atau Harapkan pegar, pegar makan padi. Terima kasih.Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan.Lain-lain23.02.2013
Saya ingin penjelasan berkaitan peribahasa melayu seperti di bawah: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi atau harapkan pegar, pegar makan padi 2. Melepaskan batok di tangga atau melepaskan batuk di tangga. Yang manakah peribahasa yang betul dan apakah maksudnya, Sekian, terima kasih.

Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi”  (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Maksud peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi ialah orang yang kita percayai berkhianat kepada kita, manakala "Melepaskan batuk di tangga" bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.

Lain-lain10.01.2012
Assalamualaikum, Saya sedang mengalami kekeliruan tentang sebuah peribahasa iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi" atau "Harapkan pegar, pegar makan padi". Saya mohon jasa baik tuan/puan untuk membantu dan memberikan sedikit ulasan untuk perkara ini. Segala bentuk bantuan dan ulasan yang diberikan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.
Wa alaikum salam,
Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi”  (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya.  Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi".

Sastera23.07.2017
12345678

Kembali ke atas