Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.fiah]/[har.fiah] | حرفيه

Definisi : Ar 1. perkataan demi perkataan (bkn terjemahan dsb): teks itu diterjemahkan secara ~; 2. makna tersurat atau selapis yg dapat difahami secara mudah dan jelas (drpd sesuatu tulisan), literal; keharfiahan perihal harfiah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata harfiah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Dalam 'Istilah Bahasa Melayu', terdapat 16 entri 'harafiah' digunakan untuk terjemahan 'literal'. Tetapi tiada entri 'harafiah' dalam Kamus Dewan Edisi 4, yang ada hanyalah 'harfiah'. Saya harap percanggahan ini dapat diselesaikan untuk mengelakkan kekeliruan. Sekian, terima kasih.Padanan istilah dalam bahasa Melayu bagi istilah literal ialah 'harfiah'.

Perkataan 'harfiah' berasal daripada bahasa Arab fus.ha (baku) iaitu 'harfiyyah' (حرفيه) yang membawa maksud perkataan demi perkataan.

Pihak kami ambil maklum tentang 16 istilah 'harafiah' yang terdapat dalam Pangkalan Data PRPM dan akan merujuk kepada bahagian yang berkenaan.
Lain-lain19.07.2021
MAKSUD PERKATAAN ORANG HILANG DAN PENCULIKANMakna secara harfiah "orang hilang" ialah orang yang tidak kelihatan lagi dan penculikan bermaksud mencuri (melarikan) kanak-kanak atau orang dewasa untuk dibunuh, diminta wang tebusannya dan lain-lain. Walau bagaimanapun dari aspek sudut undang-undang kedua-dua istilah tersebut memerlukan huraian terperinci dengan merujuk pakar bidang berkenaan. Makna05.06.2009
laksana menumbuk beralaskan nyiru ialah peribahasa atau simile?Secara harfiah, ungkapan di atas lebih mirip dengan simile disebabkan terdapat perbuatan menumbuk dengan beralaskan nyiru. Hal ini sama juga dengan frasa bodoh macam lembu, tinggi macam galah dsb. T.kasih.Makna08.07.2008
terjemahan untuk Built Environment ke dalam Bahasa Melayu.dari segi terjemahan harfiah persekitaran terbina, walau bagaimanapun sdr perlu nyatakan skop dan konteks dalam penggunaan yang dicadangkan.Makna03.08.2007
Adakah "slide switch" yang dilampirkan ialah suis gelongsor?Sekiranya diterjemah secara terjemahan harfiah, maksud yang saudara nyatakan adalah betul.Istilah26.06.2014
minta penjelasan penggunaan simbol " atau ' contoh : "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"Maksud ungkapan tersebut seperti yang tertera secara harfiah, iaitu berbuat khidmat atau berbakti kepada negara.Makna14.11.2016
Apakah maksud hybrid dalam istilah puisi?

Salam Maal Hijrah 1432,

Perkataan hibrid secara harfiah bermakna kacukan, bauran atau cantuman dua/atau lebih entiti yang berlainan identiti dan budaya sehingga membentuk entiti baru. Dalam karya sastera, termasuklah genre puisi, perkataan hibriditi menjadi salah satu unsur penting dalam teori pascakolonial untuk memperlihatkan permasalahan dan kesan representasi kolonial dan kolonialisasi sehingga membentuk  identiti budaya baru dan unik kepada kalangan yang terjajah. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, novel "Mencari Isteri" karya Mohamad Yusof Ahmad, memperlihatkan ciri-ciri hibriditi identiti dan budaya kalangan pegawai Melayu dalam "Malay Civil Service" walaupun berjiwa Melayu yang  menyerap masuk nilai-nilai  Barat sebagai nilai baru, antaranya melalui cara penampilan, cara pergaulan, jenis perabot dan susun atau hiasan dalamannya, lanskap dan pemikiran yang sendeng Barat. Dari segi pemikiran, unsur-unsur pemodenan ke atas bangsa Melayu menggunakan kayu ukur pemodenan kaedah Barat. Dalam karya puisi  subjek yang sama mungkin juga dapat diteliti. Penggunaan  mitonimi sebagai bahasa kiasan untuk menjustifikasikan kesan bauran dan cantuman identiti dan budaya dalam puisi itu juga dapat diteliti. Mutakhir ini terdapat pandangan yang lebih terbuka dan radikal terhadap penggunaan istilah hibriditi, apabila bauran atau cantuman budaya itu tidak lagi dilihat sebagai kesan dan akibat penjajahan semata-mata tetapi kesan daripada  modernisasi, urbanisasi, sentralisasi dan globalisasi yang memungkinkan transmigrasi, percampuran dan bancuhan sesebuah budaya dan identiti itu menjadi dinamik sehingga membentuk identiti dan budaya baru yang unik. Banyak bahan rujukan yang saudara boleh teliti untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini, misalnya karya Homi Bhabha The Location of Culture ((1994)atau tulisan G.Yao Taxonomizing hybridity (2003).  Penjelasan lanjut juga boleh juga ssaudara peroleh dengan menghubungi tenaga pakar teori dan kritikan DBP iaitu  sdr. Mohamad Daud Mohamad di talian 03-21482536 atau 0133236724.

 

Salam takzim.

Lain-lain04.12.2010
Mohon penjelasan. Dua ayat di bawah, yang manakah betul: 1. Cap mohor pada Dinasti Qin dibuat dengan tulisan yang digelar “moyinzhuan” (secara harfiah, "skrip mohor untuk cap mohor"). Kalau ayat ini betul, adakah perkataan "moyinzhuan" boleh digunakan terus dalam teks yang seterusnya? ATAU 2. Cap mohor pada Dinasti Qin dibuat dengan tulisan yang digelar “skrip mohor untuk cap mohor” (moyinzhuan). p Jikalau ayat ini betul, adakah ungkapan "skrip mohor untuk cap mohor" boleh digunakan dalam teks yang seterusnya? Terima kasih.Penggunaan ayat pertama lebih baik berbanding ayat kedua.  Untuk ayat seterusnya perkataan "moyinzhuan" boleh digunakan.Lain-lain24.08.2017
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tidak ekonomik?

Mohon penjelasan lanjut mengenai soalan yang diberikan. Sila nyatakan konteks yang ingin diketahui

  1. Makna secara harfiah “perkataan tidak ekonomik” atau
  2. Penggunaan “perkataan tidak ekonomik” contohnya dalam ayat atau penulisan?

Lain-lain26.04.2022
maksud bahasa Figuratif?

Sdr. yang dihormati,

 Bahasa figuratif, bermaksud bahasa yang mengandungi makna perkataan, rangkaikata dan sebagainya yang  bersifat abstrak dan imaginatif, berlainan daripada makna perkataan yang biasa, lazim dan harfiah, antaranya ialah ungkapan, frasa, perkataan yang memanfaatkann penggunaan bahasa kiasan, lambang, metafora dan sebagainya bagi menyatakan makna.

 

Salam takzim.

Lain-lain27.09.2010
123

Kembali ke atas