Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.ga] | هرݢ

Definisi : 1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) meng­ambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg meng­hendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenar­kan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentu­kan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harga­nya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jual­annya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan peng­hor­matan (pujian, sanjungan, dsb), meng­anggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan meng­hargai, penghormatan, penyanjungan; ha­diah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.ga] | هرݢ

Definisi : 1 nilai sesuatu barang yg ditentukan dgn wang: Dia membeli satu kilogram ikan kembung dgn ~ sepuluh ringgit. 2 ki kehormatan (diri); nama baik: Dia tahu akan ~ dirinya. ~ borong harga barang yg dibeli secara borong (banyak-banyak). ~ jual (jualan) harga barang-barang yg dijual kpd pengguna. ~ kos ist a. perbelanjaan atau kos utk mengeluarkan sesuatu barang. b. harga barang jika dibeli secara borong (biasa­nya drpd pengeluar kpd penjual). ~ mati (tetap) harga barang yg tidak dpt ditawar lagi. ~ pasaran harga jualan. ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli. ~ runcit harga barang yg dibeli secara runcit (sedikit-sedikit dan lebih mahal drpd harga borong). ~ siling harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa. ~ tunai harga barang jika dibayar tunai. berharga 1 mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2 tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; pen­ting: Tugas penting bagi sesebuah muzium adalah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. menghargai 1 memberikan atau menentukan harganya; menilai: Dia tidak mahu menjual keretanya kerana orang ~nya terlalu rendah. 2 memuliakan; menghormati; menganggap penting; mengendahkan: Sbg ~ jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dianugerahi kehormatan “Order of Merit” oleh Raja England dlm tahun 1907. Nasihatnya tidak dihargai orang. terharga ternilai: tidak ~ tidak ternilai. penghargaan perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,

Puisi
 

Kemas rumah di waktu senja,
     Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
     Budi bahasa sukar dicari.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bagai kambing harga dua kupang.

Bermaksud :

Tingkah lakunya seperti anak-anak.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Purata harga tahunan atau harga purata tahunan? Contoh: Purata harga tahunan/Harga purata tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 adalah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya.Istilah yang betul ialah purata harga tahunan - purata harga tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 ialah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya.Tatabahasa03.03.2014
Yang mana satu betul. lain kali/kali lain, Izini saya/ Izinkan saya, harga barang kawalan/ harga barang terkawal, hal ini kerana/ hal ini demikian kerana,berpuca pada/berpunca daripada,Ungkapan yang biasa digunakan dan sudah mantap ialah lain kali; izinkan saya; harga barang kawalan dan harga barang terkawal kedua-duanya betul.Harga barang kawalan merujuk harga jenis barang dalam kawalan.Harga barang terkawal bermaksud  harga barang tersebut dapat dikawal atau di bawah jagaan.   Tatabahasa13.05.2008
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang satu perkataan yang ingin digunakan bagi merujuk "harga jimat" bagi sesuatu buku (perkataan ini akan diletakkan di hadapan kulit buku). Adakah perkataan ini, iaitu "Harga tambah nilai" merujuk kepada harga yang jimat. Selain itu, adakah "harga tambah nilai ini" sama bagi perkataan "harga nilai tambah"? Apa yang saya faham di sini "harga tambah nilai" itu seperti sesuatu harga lain yang dibayar selain daripada harga sebenar atau mungkin saya yang keliru antara maksud itu. Mohon dibantu. Sekian, terima kasih.Harga tambah nilai dan nilai tambah merupakan istilah ekonomi.

Tambah nilai ialah perubatan menambah nilai sesuatu seperti menambah nilai kad isian semula. Manakala nilai tambah ialah sumbangan tambahan nilai ekonomu sesebuah firma yang dihasilkan daripada aktiviti pengeluarannya.

Bagi konteks harga buku, perkataan harga tambah nilai dan harga nilai tambah kurang sesuai untuk menyatakan harga  yang jimat untuk buku tersebut. Kami cadangkan HARGA JIMAT NILAI HEBAT yang boleh diletakkan di hadapan kulit buku.
Tatabahasa05.03.2013
Mohon bertanya untuk ayat ini: 1. Harga bermula dari RMxxx 2. Harga bermula daripada RMxx 3. Harga dari RMxxx 4. Harga daripada RMxxx yang mana satu adalah penggunanan ayat yang betul untuk digunapakai bagi tujuan promosiPenggunaan ayat yang betul ialah Harga bermula daripada RMxxTatabahasa13.07.2018
Adakah betul padanan bagi display dalam ayat di bawah ini "pempameranan" kerana semakan kami tidak menjumpai padanan sedemikian. Bagi perkataan "menyebut harga atau disebut harga" adakah ia sepatutnya dinyatakan sebagai "menyebutkan harga atau disebutkan harga"? Adakah imbuhan "-kan" perlu ditambahkan? Display of prices or charges to include government taxes, etc. 15. (1) Where in the course of a trade or business prescribed by the Minister, any person displays, advertises, publishes or quotes or causes to be displayed, advertised, published or quoted, in any manner, the prices of any goods or charges for any services, such person shall include in such prices or charges— Pempameranan harga atau caj termasuk cukai kerajaan, dsb. 15. (1) Jika dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan yang ditetapkan oleh Menteri, mana-mana orang mempamerkan, mengiklankan, menyiarkan atau menyebut atau menyebabkan untuk dipamerkan, diiklankan, disiarkan atau disebut harga apa-apa barangan atau caj bagi apa-apa perkhidmatan, mengikut apa-apa cara, orang itu hendaklah memasukkan dalam harga atau caj itu—

Cadangan padanan terjemahan ialah Jika dalam keadaan apabila sesuatu perdagangan atau perniagaan yang telah ditetapkan oleh Menteri, mana-mana orang yang mempamerkan, mengiklankan atau menyebut atau menyebabkan dipamer, diiklan, disiar atau disebut dengan apa-apa cara, maka harga bagi  apa-apa barangan atau caj bagi mana-mana perkhidmatan, hendaklah dimasukkan dalam harga atau caj tersebut.

Untuk makluman puan, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan. Puan boleh mendapatkan khidmat Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) melalui telefon 03-92262506/0195448704 atau e-mel: terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia untuk membantu pihak puan.

Penyemakan dan penterjemahan30.07.2021
Adakah ayat di bawah betul. A.Harga sekilogram cili ialah RM 4.50. B.Harga cili sekilogram ialah RM4.50. C.Harga cili ialah RM4.50 sekilogram.Ayat yang betul ialah: Harga sekilogram cili ialah RM 4.50; dan Harga cili ialah RM4.50 sekilogram.Tatabahasa09.10.2014
Saya beli ikan pada harga RM5.00. Pada harga atau pada?Ayat yang betul ialah: Saya membeli ikan pada harga RM5.00. Tatabahasa05.10.2021
mohon pencerahan berkenaan perkataan sebutharga atau Sebut Harga atau sebut harga?? adakah dua perkatan atau satu perkataan?Yang betul ialah sebut harga.Ejaan26.05.2014
Apakah definisi Harga Tokokan (mark-up price)?Harga tokokan boleh ditakrifkan sebagai harga (nilai) yang ditambah kepada harga kos produk atau perkhidmatan. Lain-lain01.06.2017
Mohon perhatian, mana yang betul (penulisan): Harga buku itu dua setengah ringgit. Harga buku itu dua ringgit setengah. Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen.Yang paling tepat ialah - Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen.Lain-lain23.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas