Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ri] | هاري

Definisi : 1 masa dua puluh empat jam yg bermula dr matahari terbit sehingga matahari terbit sekali lagi: Dlm seminggu, ada tujuh ~. 2 = siang ~ masa dr matahari terbit sehingga matahari terbenam: tiga ~ tiga malam. 3 masa bekerja dlm satu hari: Dia bekerja enam ~ dlm seminggu. 4 keadaan alam, cuaca dll dlm sesuatu hari: Apabila ~ hujan, dia tidak keluar rumah. ~ akhirat (kemudian) masa selepas musnahnya atau hancurnya alam ini (iaitu selepas hari kiamat). ~ Bapa hari utk mengenang atau memperingati jasa bapa, iaitu pd hari Ahad ketiga dlm bulan Jun. ~ besar hari yg dirayakan utk memperingati sesuatu perkara atau peristiwa penting. ~ bulan tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal. ~ depan masa yg akan datang. ~ Guru hari yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru, iaitu pd 16 Mei. ~ Ibu hari utk mengenang atau memperingati jasa ibu, iaitu pd hari Ahad kedua dlm bulan Mei. ~ Ibu Bapa hari perayaan sekolah dan ibu bapa diundang hadir di perayaan itu. ~ jadi (lahir) a. hari lahirnya seseorang. b. hari ulang tahun kelahiran seseorang. ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan drpd mati utk dihisab segala amalannya. ~ Kebangsaan hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat. ~ Kemerdekaan (Merdeka) hari yg dirayakan oleh seluruh rakyat utk memperingati kemerdekaan negara. ~ kiamat hari (masa) seluruh alam musnah atau hancur setelah malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama. (~) Lebaran Hari Raya Puasa (1 Sya­wal). ~ muka masa yg akan datang; masa depan. ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk yg dilakukan di dunia. ~ Raya hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji. ~ Raya Haji (Korban, Aidiladha) hari raya yg disambut pd 10 Zulhijah, iaitu selepas hari wukuf. ~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari raya yg disambut pd tiap-tiap 1 Syawal; Lebaran. ~ wukuf hari jemaah haji berkumpul di padang Arafah pd 9 Zulhijah. berhari-hari beberapa hari: Kadang-kadang, dia pergi ~ lamanya. hari­an setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~. sehari satu hari. sehari-hari tiap-tiap hari: Dia membeli barang-barang keperluan ~. seharian, sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Hari-hari tolak bertimba,
     Jaraknya batang jambu;
Hari-hari tolak bercinta,
     Hajat hati guring sekelambu.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Hari tak selamanya panas.

Bermaksud :

Untung dan malang silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
end of playmasa tamatSukanTiadaMakluman pengadil apabila tamat perlawanan pada hari-hari tertentu.
cessation of playmasa tamatSukanTiadaMakluman pengadil apabila tamat perlawanan pada hari-hari tertentu.
closing priceharga penutupPentadbiran PerniagaanTiadaHarga terakhir sesuatu sekuriti, komoditi atau opsyen yang didagangkan pada hari-hari dagangan.
calendarkalendarPerpustakaanTiada1. Satu takwim yang menunjukkan senarai hari, bulan, hari suci, hari kebesaran, dan lain-lain dalam setahun.,2. Satu senarai dokumen tentang pengarang, subjek, siri, kelas, atau lain-lain dalam sesuatu koleksi yang diberikan tarikh berserta catatan mengenainya yang disusun secara kronologi.
mean day-to-day variationvariasi min harianGeografiTiadaPerubahan nilai min unsur-unsur iklim seperti suhu, hujan bagi hari-hari yang berturutan.
constituent dayhari konstituen/hari juzukMatematikTiadaTempoh satu putaran bumi pada paksinya, yang berkait dengan bintang andaian yang menggambarkan satu daripada unsur berkala dalam daya pasang-surut, iaitu lebih kurang sama dengan panjang hari qamari atau hari suria.
fire weathercuaca baraSainsHidrometeorologiKeadaan cuaca yang berhubung dengan kesannya terhadap penyalaan dan perebakan api hutan. Keadaan yang menggalakkan kebakaran termasuk kelembapan yang rendah dan kurangnya kerpasan pada hari-hari sebelumnya, dan angin kencang pada hari berkenaan. Bagi kawasan hutan, keadaan ini dan keadaan lain telah ditandakan di mistar gelongsor yang dikenali sebagai meter bahaya api; untuk digunakan bersama ramalan khusus cuaca api.
degree-daydarjah-hariGeografiTiada, darjah hari diertiakn sebagai jumlah algebra darjah hari bagi hari yang berlainan dalam tempoh tersebut.
degree-daydarjah hariSainsHidrometeorologiPerbezaan algebra antara suhu min hari tertentu dan suhu rujukan yang dinyatakan dalam darjah. Bagi tempoh tertentu (bulan, tahun), darjah hari diertikan sebagai jumlah algebra darjah hari bagi hari yang berlainan dalam tempoh tersebut.
Sunday delivery stampsetem serahan hari mingguPentadbiran PerniagaanTiadaSetem pos khas untuk surat yang diserahkan pada hari Ahad atau hari cuti atau hari minggu.
12345678910...

Kembali ke atas