Kurik Kundi Merah Saga | Hari minggu pergi ke panggung, Dengar cerita anak dewa; Hati rindu tidak tertanggung, Kalau tidak mati menjadi gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Harilah ini hari minggu, Tempat orang bersabung ayam; Lama sudah kita menunggu, Yang berat sekali tinggal senyum. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari Ahad minggu Belanda, Kapitan Cina bergelang kaki; Cuba ditanya pengubat lama, Bolehkah tidak kembali lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari Ahad malam minggu, Sayang encik Syawal menganyamlah pagar; Sudah tersurat ke perut ibu, Berjanji awal tidak bertukar. |