Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rian] | هارين

Definisi : 1. setiap hari; buku (catatan) ~ buku utk dituliskan catatan hari-hari; buruh (pekerja) ~ buruh yg dibayar mengikut berapa hari dia sebenarnya bekerja; catatan ~ catatan tentang apa yg berlaku setiap hari; Maktab (Pusat) Latihan ~ maktab (pusat) latihan guru-guru sekolah rendah; pengurus ~ Id pengurus yg mengerjakan urusan hari-hari; perintah ~ pemberitahuan panglima kpd pasukan-pasukannya; suhu ~ hitung panjang suhu tiap-tiap hari; 2. (diterbitkan) setiap hari (bkn akhbar): ~ Utusan Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jadual bertugas harian atau jadual tugasan harianJadual Bertugas HarianTatabahasa12.01.2013
Salam sejahtera. Mohon Tuan terangkan perbezaan maksud 'harian' dan 'seharian' serta contoh penggunaannya. Kehidupan harian atau kehidupan seharian yang lebih tepat? Aktiviti harian atau aktiviti seharian yang lebih tepat? Sekian, terima kasih.

Menurut data kami, harian bermaksud setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~ manakala seharian bermaksud sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~.
Makna15.02.2017
Salam, saya ada pertanyaan berkaitan kata sendi nama DARI & DARIPADA. Bagi perkataan 'RUTIN' - 'berehat dari rutin harian...' / 'berehat daripada rutih harian...'. Penggunaan manakah yang betul?Salam,

Jawapan yang betul ialah berehat daripada rutih harian. "Dari" tidak boleh digunakan kerana perkataan rutin harian tidak merujuk kepada tempat atau arah.
Tatabahasa08.12.2015
Pusat membeli-belah atau pusat beli-belah? Tempat letak kereta atau tempat meletak kereta? Jadual tugasan harian atau jadual bertugas harian? Tempat membasuh tangan atau tempat basuh tangan?Frasa yang betul ialah pusat beli-belah, tempat letak kereta, jadual tugasan harian dan tempat basuh tangan.Lain-lain02.11.2015
Ayat berikut betul atau salah Ali dihadiahkan sebuah buku harian.Ali dihadiahkan sebuah buku harian - ayat ini salah
Ali dihadiahi sebuah buku harian - ayat ini betul
Tatabahasa14.08.2018
Apakah perbezaan antara kehidupan harian dengan kehidupan seharian? Terima kasih.Menurut data kami, harian bermaksud setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~ manakala seharian bermaksud sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~.Tatabahasa09.10.2018
"...muka hadapan akhbar Sinar Harian." atau "...muka depan akhbar Sinar Harian." atau kedua-duanya betul dan tepat?

Salam saudara,

Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, depan dan hadapan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua bentuk, iaitu muka depan dan muka hadapan adalah betul dan boleh digunakan.

Makna09.10.2012
Apakah format yang betul bagi catatan harian dan mingguan? Terima kasih...Tidak ada format yang standard untuk catatan harian dan mingguan, yang penting catatan mengandungi butiran penting sesuatu perkara seperti tarikh, masa, tempat dan pihak yang terlibat.Lain-lain28.04.2014
Adakah ayat ini gramatis? Jika tidak, tolong betulkan ayat ini. 1.Kedua-dua guru bahasa Inggeris telah mengemas kini Rancangan Pelajaran Harian. 2.Rancanga Pelajaran Tahunan dan Rancangadn Pelajarian Harian telah diseiakan dengan kemas kini oleh guru berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.Ayat pertama betul. Cadangan untuk ayat kedua ialah 'Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian telah disediakan oleh guru berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.Tatabahasa05.12.2008
Mengapa Sisipan Klik DBP dalam akhbar Berita Harian dihentikan ? Saya rasa sisipan tersebut perlu diteruskan.Klik DBP tidak lagi diterbitkan dalam Berita Harian dan sebagai gantinya DBP akan menerbitkan Klik dalam laman web DBP.Lain-lain19.12.2009
12345678910...

Kembali ke atas