Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ris] | حاريس

Definisi : Ar, sl penjaga, pengawal (pintu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haris


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Perlukah ayat di bawah ditambah dengan kepada? 1.Cikgu Tan menelefon kepada bapa Haris untuk membawa pulang Harris yang demam. Terima kasih.Penggunaan "kepada" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat ini. Jawapan yang sesuai ialah, " Cikgu Tan menelefon bapa Haris supaya membawa pulang Haris yang demam."Lain-lain23.08.2023
Apa beza antara 'terhadap', 'mengenai', dan 'tentang'? Contoh ayat: Haris membuat laporan.......masalah longkang tersumbat di kawasan perumahannya. Apakah jawapan yang sesuai untuk diisi? Terangkan 3 perbezaan penggunaan perkataan itu.

Ayat yang betul ialah “Haris membuat laporan tentang masalah longkang tersumbat di kawasan perumahannya.”

Perbezaan penggunaan terhadap, mengenai dan tentang adalah seperti yang berikut:

Terhadap - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Mengenai - tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh:  Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.  

Tentang - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarab. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. 

Tatabahasa03.11.2020
AinNur Haris ISN 2.44 PTG Assalamualaikum Dewan Bahasa dan Pustaka, saya hendak bertanya tentang penggunaan perkataan kolaborasi yang sering digunakan oleh media massa. Saya difahamkan kolaborasi bermaksud pakatan jahat, kerjasama membuat jahat/jenayah. Namun saya diberitahu kolaborasi juga mempunyai DUA maksud dan boleh juga digunakan untuk menunjukkan kerjasama yang baik. Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih. Puan AinNur Haris, Bandar Baru Salak TinggiBetul, kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama.Penyemakan dan penterjemahan05.06.2017
Adakah ayat berikut betul? Jika salah, sila betulkan. Terima kasih. 1. Ini beca bapa. Beca ini baharu. 2. Hobi Haris main hoki.Untuk makluman, ayat pertama dan kedua, tidak ada kesalahan. Untuk ayat ketiga, ayat yang lebih tepat ialah Hobi Haris bermain hoki.Tatabahasa01.04.2017
AS SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA Soalan saya adalah berkaitan dengan kata hubung apa yang paling sesuai digunakan untuk ayat-ayat dibawah: 1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran. Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang. 2.Saya ada masa pada hujung minggu ini. Saya akan menziarahi rakan saya di hospital. 3. Rumah itu baru dibelinya. Rumah itu baharu. 4. Haris berhijrah ke luar negara. Haris memohon maaf atas segala kesilapannya. 5. Fikirannya buntu. Dia memohon cuti selama dua hari. Dia mahu menenangkan fikirannya. 6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas. Majalah itu sesuai dibaca oleh pelajar universiti. 7. Seluruh rakyat menderita. Rakyat berada dalam cengkaman penjajah.1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
2. Saya ada masa pada hujung minggu ini untuk menziarahi rakan saya di hospital.
3. Rumah yang baru dibelinya itu rumah baharu.
4. Haris berhijrah ke luar negara dan memohon maaf atas segala kesilapannya.
5. Oleh sebab fikirannya buntu, dia memohon cuti selama dua hari untuk menenangkan fikirannya.
6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas dan pelajar universiti.
7. Seluruh rakyat menderita ketika berada dalam cengkaman penjajah.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251 - 254.
Tatabahasa13.05.2015
Salam Tuan Harap tuan dapat beri penjelasan tentang kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah. 1)Kempen memperkasakan bahasa Melayu sering diuar-uarkan dalam usaha meningkatkan martabatnya dalam kalangan masyarakat. 2)Mesyuarat guru besar-guru besar sedang dilangsung di bilik mesyuarat. 3)Haris memperkuat suaranya untuk memanggil rakannya di luar kelas. 4)Mereka pun tidak tahu bahawa Har Lim lagi hebat membaiki komputer berbanding dengan Suresh. Terima kasih. Hj Izani b. Hj. Daud.

1) Tiada kesalahan.

2) Yang betul ialah "... guru-guru besar ..." bukan guru besar-guru besar.

3) Yang betul ialah "... menguatkan suaranya ..." bukan memperkuat suaranya.

4) Yang betul ialah "... lebih hebat ..." bukan lagi hebat.

Tatabahasa21.09.2011
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. *Hari ini hari Rabu. *Hari ini hari jadi Liza. *Ibu beli ayam. *Ibu beli ikan. *Ibu beli sawi dan ciku. *Ibu juga beli roti. *Ibu masak nasi dan sawi. *Ibu juga masak kari ayam. *Bapa pula masak ikan. *Liza suka makan kari ayam. *Zul suka makan ikan. *Rafi dan Haris suka makan sawi. *Adam dan Ana suka makan roti. *Liza suka hati.Untuk makluman, kesemua ayat tersebut betul dari segi ejaan dan penggunaannya. Akan tetapi, jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP.Lain-lain27.12.2016

Kembali ke atas