Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yg berharga (sbg kekayaan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : segala barang yg berharga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harta (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, kebendaan, kekayaan, kemewahan, pusaka;,
Kata Terbitan : berharta,

Peribahasa

Emas berpeti,
     kerbau berkandang.

Bermaksud :

Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'harta benda' atau 'harta-benda', yang manakah betul?jawapan yang betul ialah harta bendaTatabahasa15.09.2012
"Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan atau tiada kesalahan?"Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." Ayat ini betul.Tatabahasa08.08.2011
Aminah membalut buku-buku teks yang telah diberi oleh gurunya. Apakah nilai murni yang kita peroleh daripada ayat ini? Menghargai harta benda atau bertanggungjawab?Kedua-dua nilai murni, iaitu menghargai harta benda dan bertanggungjawab boleh dikaitkan dengan ayat tersebut. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk guru di sekolah saudara.Lain-lain01.05.2013
"...membayar pampasan berkenaan dengan kerosakan harta benda..." adakah perkataan "berkenaan dengan" dalam ayat diatas jatuh dibawah kesalahan kategori frasa kerja tak transitif?Frasa "berkenaan dengan" adalah betul.Tatabahasa01.11.2013
maksud modal sosial dan contohnya?Merujuk Kamus Dewan, modal ialah wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal atau pokok utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan. Manakala sosial ialah segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan. Bagi memperoleh maksud frasa modal sosial, saudara hendaklah merujuk uku atau makalah yang berkaitan. Harap maklum.Makna13.07.2008
apakah yang di maksudkan dengan vedualisme?Maksud vandalisme ialah perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persen­dirian.Makna20.03.2010
Terjemahan tema dengan istilah yang tepat. tema tersebut ialah WATCHING THE WEATHER TO PROTECT LIFE AND PROPERTYJawapan terjemahan yang dicadangkan untuk "WATCHING THE WEATHER TO PROTECT LIFE AND PROPERTY" adalah seperti yang berikut: 1. MEMANTAU CUACA UNTUK MELINDUNGI NYAWA DAN HARTA BENDA 2. PEMANTAUAN CUACA UNTUK PERLINDUNGAN NYAWA DAN HARTA BENDATatabahasa05.03.2013
Tuan/Puan, Apa padanan "store of property" dalam Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan "store of property" diterjemahkan sebagai "gudang harta", "stor harta" atau "tempat simpanan harta benda". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah14.10.2021
Tuan/Puan, Perkataan yang betul adalah "menggadaikan janji" atau "menggadaijanjikan"? Terima kasih.Perkataan yang betul ialah menggadai janji yang bermaksud mencagarkan harta benda secara gadai janji kepada pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dan sebagainya) untuk mendapatkan pinjaman. Lain-lain17.09.2021
kes kecurian atau kes pencurian? apakah perbezaan antara kecurian dengan pencurian? sila beri cth, terima kasih.Pencurian bermaksud perbuatan atau hal mencuri. Kecurian pula bermaksud kehilangan harta benda kerana kena curi.Tatabahasa31.07.2013
1234

Kembali ke atas