Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.ta.nah] | هرتانه

Definisi : harta tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hartanah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perlukah saya menggunakan kata ganda bagi hartanah bagi konteks beberapa/pelbagai jenis hartanah, i.e. "Terokai hartanah-hartanah menarik di...." ataupun memadai hanya "Hartanah" Terima kasihAda perkataan yang tidak perlu digandakan kerana maksud tunggal atau jamak boleh dikenal pasti bergantung pada ayat yang digunakan. Perkataan hartanah dalam ayat contoh tersebut tidak perlu digandakan.Tatabahasa28.06.2016
Salam..mohon pandangan tuan, ayat manakah lebih sesuai bagi: "Ejen Hartanah" , "Ajen Hartanah" atau"Agen Hartanah"Ejaan yang betul ialah Ejen Hartanah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat,  ejen bermaksud 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual. Contohnya, 'barang-barang gudang kalau dibeli daripada ejennya tentu lebih murah' 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll). Contohnya, 'beberapa orang ejen musuh.' Agen pula bermaksud  sesuatu yang menyebabkan berlaku­nya tindak balas (proses dsb). Contohnya, agen pendebungaan; agen kimiaEjaan20.01.2012
Ejaan Hartanah atau Harta Tanah?Harta tanah bermaksud (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yang terdapat di atasnya (seperti bangunan, tanaman, balak, atau galian);
Hartanah juga bermaksud harta tanah.
 

Oleh itu, kedua-dua perkataan hartanah dan harta tanah ini diterima dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://prpm.dbp.gov.my
Lain-lain08.08.2022
Agent hartanah itu merupakan abang saudara saya. Apakah perkataan paling sesuai untuk menggantikan 'Agent"? Ejen atau Ajen?Ejaan yang betul ialah ejen.Ejaan12.07.2021
Yang manakah ejaan betul, Hartanah atau Harta Tanah? Terima kasihIstilah hartanah dan harta tanah, kedua-duanya diterima.Tatabahasa11.10.2013
Adakah terjemahan berikut sesuai? Globalizing real estate --> Mengglobalisasi industri hartanahTerjemahan yang sesuai bagi Globalizing real estate ialah Hartanah GlobalMakna05.12.2017
Salam DBP, saya ingin dapatkan khidmat nasihat bagi penggunaan ayat Bahasa Malaysia yang betul. Saya sedang dalam memuktamadkan Penyata Kewangan syarikat saya. 1) Apakah ayat yang paling tepat untuk ayat Hartanah Pelaburan atau Harta Pelaburan. Ayat Bahasa Inggeris adalah Investment Property; dan 2) Apakah ayat yang paling tepat untuk ayat Hartanah, Loji dan Peralatan atau Harta Tanah. Loji dan Peralatan. Ayat Bahasa Inggeris adalah Property, Plant and Equipment. Diharap dengan khidmat nasihat DBP akan memastikan penggunaan ayat Bahasa Malaysia digunakan dengan betul. Sekian terima kasih.

Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

 

1. Investment Property = Hartanah Pelaburan, Harta Pelaburan atau Hak Milik Pelaburan.

2. Property, Plant and Equipment = Hartanah, Loji dan Kelengkapan atau Hartanah, Loji dan Peralatan.

 

Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Istilah05.06.2021
DIANTARA DUA PERKATAAN TERSEBUT , YANG MANAKAH BETUL UNTUK DIGUNAPAKAI KERANA KEDUANYA MEMPUNYAI MAKSUD YANG SAMA: 1.HARTA TANAH ATAU HARTANAH 2. JURU UKUR ATAU JURUUKUR MOHON MAKLUM BALAS DAN KOMEN YA. TERIMA KASIHPerkataan hartanah dan harta Tanah kedua-duanya boleh digunakan untuk maksud yang sama.
JURUUKUR ialah ejaan yang betul.

Terima kasih.
Istilah08.08.2017
Tuan/Puan, TERJEMAHAN “REAL ESTATE NEGOTIATOR” DI DALAM BAHASA MALAYSIA Merujuk kepada perkara di atas dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH) seperti dalam lampiran 1. 2. Kami dari Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) ingin merujuk dan mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) apakah maksud sebenar terma “Real Estate Negotiator” di dalam Bahasa Malaysia. Sebarang jawapan dan maklumbalas daripada pihak tuan didahuli dengan ucapan terima kasih.Tuan,

Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk 'REAL ESTATE NEGOTIATOR' ialah 'PERUNDING HARTA TANAH'. 

Terima kasih.
Makna26.02.2021
Mohon pandangan penggunaan perkataan yang betul di antara penukaran dan pertukaran. Contoh ayat: Pertukaran lot hartanah.

“Penukaran” ialah perbuatan menukar atau menukarkan, manakala ”pertukaran” pula ialah perbuatan atau hal bertukar, pergantian atau perubahan. Oleh itu, jawapan yang sesuai ialah “pertukaran lot hartanah

Tatabahasa05.01.2022
123

Kembali ke atas