Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.ta.wan] | هرتاون

Definisi : 1. berharta, kaya: orang yg bangsa­wan lagi ~; 2. orang yg mempunyai harta, orang kaya: dia seorang ~ yg terkenal; kaum ~; kehartawanan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn hartawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.ta.wan] | هرتاون

Definisi : 1 mempunyai harta; berharta; kaya: Orang itu bangsawan lagi ~. 2 orang yg berharta; orang kaya: Dia ~ yg terkenal di negeri ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hartawan (kata nama)
Bersinonim dengan jutawan, orang kaya, dermawan, orang berada, orang berduit, orang atasan, bangsawan.,

Peribahasa

Tidak usak kerbau oleh penyembelihan.

Bermaksud :

Tidak akan miskin orang hartawan yang berderma. usak = kurang; penyembelihan = daging upah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kerambil tumbuh di matanya.Kepala negeri yang cerdik lagi hartawan, (Biasa juga: Dikiaskan kepada perempuan cantik yang kuyu matanya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak usak kerbau oleh penyembelihan.Tidak akan miskin orang hartawan yang berderma. usak = kurang; penyembelihan = daging upah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cincin emas takkan tampan bermata kaca.Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang kaya suka dimakan, orang elok (= muda) selendang dunia.Orang hartawan yang selalu terbuka tangannya membantu orang yang melarat, orang muda perhiasan dunia (untuk puji-pujian).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap.Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlepas daripada rahang harimau, termasuk ke dalam rahang buaya.Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas