Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haru-haru;

Peribahasa

Kalau tak pandai menggelamai,
     bercirit kambinglah kelak,
dikunyah patah gigi,
     ditelan sembelit.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih.Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru;

Mengharu-birukan 1. menimbulkan keru­suh­­an (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikir­annya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya;
 
keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang ber­laku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya.

Huru-hara ialah  dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an;
Tatabahasa08.07.2013
Pejabat itu______setelah digeledah oleh perompak malam tadi. A. Haru-biru B. Hiruk-pikuk C. Tunggang-langgang D. Punah-ranah Apakah jawapan bagi soalan ini? Tolong berikan penjelasan. Terima kasihJawapan yang tepat ialah punah-ranah. Punah ranah bermaksud habis rosak sama sekali.Tatabahasa20.12.2013
Jawapan yang manakah tepat? 1) Cikgu Halim terperanjat apabila melihat keadaan makmal komputer yang ______________ (a)haru-biru (b)remuk-redam (c)tunggang-langgangJawapan yang sesuai ialah tunggang-langgangTatabahasa07.12.2015
1. Bolehkah kita memulakan ayat dengan perkataan "yang" misalnya, - a) Yang harus diberi perhatian ialah..... b) Yang mana betul, ....? 2. Bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat, misalnya - Untuk memastikan agar ibu bapa sedar tentang pentingnya pendidikan agama terhadap anak, satu forum khas dianjurkan oleh ..... 3. Apabila kita menggunakan pengikat kata adakah huruf pertama selepas pengikat kata perlu dalam huruf besar, misalnya - Peribahasa "(s)edikit-sedikit lama-lama menjadi bukit" haru dijadikn pegangan oleh... 4. Yang mana betul "Pada masa kini" atau "Kini"Perkataan yang dan untuk boleh memulakan ayat. Tidak perlu menggunakan huruf besar selepas pengikat kata kecualai yang melibatkan nama khas. Pada masa kini dan kini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan.Tatabahasa04.09.2008
Assalamualaikum tuan, Saya ingin bertanya berkaitan perkataan raya. Kebanyakan kata nama yang bergabung dengan raya akan membentuk kata majmuk. Cuma, terdapat kekeliruan berkaitan perkataan kaya raya yang dikategorikan dalam kata ganda berentak, iaitu kaya-raya. Bolehkah tuan terangkan proses pembentukan kata tersebut yang tergolong sebagai kata ganda berentak dengan lebih lanjut?Walaupun perkataan “kaya” dan “raya” kedua-duanya memiliki maksud yang tersendiri, namun perkataan “kaya-raya” yang membawa maksud sangat kaya termasuk dalam kata ganda berentak. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Maka, kata ganda “kaya raya” perlu dieja sebagai “kaya-raya”. Contoh lain kata ganda berentak ialah “hina-dina”, “gundah-gulana”, “haru-biru” atau “kacau-bilau”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 986, Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2015), halaman 692 dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 138.

Tatabahasa17.01.2024

Kembali ke atas