Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haru-haru;

Peribahasa

Kalau tak pandai menggelamai,
     bercirit kambinglah kelak,
dikunyah patah gigi,
     ditelan sembelit.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
haru-haru; hantu ~ Mn sj hantu yg suka men­culik orang dan menyembunyikannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
hantu haru-haruMn sj hantu yg suka men­culik orang dan menyembunyikannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
biru II; haru-~; ® haru.Kamus Dewan Edisi Keempat
haru-biruharu-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yg dahulunya sangat tenang telah menjadi ~; mengharu-birukan 1. menimbulkan keru­suh­­an (kekacauan dll), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah ~ suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dsb): yg sangat ~ fikir­annya ialah perceraian dgn anaknya; masalah itu ~ fikirannya; keharu-biruan keadaan haru-biru: ~ yg ber­laku dlm mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
haru-biru; ®haru.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggelamaimemasak gelamai; tidak mudah ~, kurang haru cirit kambingan terlampau haru berlantingan prb Mn kalau tidak hati-hati mengerjakan sesuatu tentu tidak selamat.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelamaipenganan spt dodol (dibuat drpd tepung pulut, gula, dan santan); menggelamai memasak gelamai; tidak mudah ~, kurang haru cirit kambingan terlampau haru berlantingan prb Mn kalau tidak hati-hati mengerjakan sesuatu tentu tidak selamat.Kamus Dewan Edisi Keempat
haru-haratidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru.Kamus Pelajar Edisi Kedua
haru-biru= ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru.Kamus Pelajar Edisi Kedua
haru; ~-biru, = ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. mengharu 1 mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~nya di hutan belantara itu. 2 mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk. mengharukan 1 menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan: Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2 ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. terharu 1 berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. keharuan keadaan tidak aman; kekacauan. pengharu pengacau; pengganggu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas