Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rum] | هاروم

Definisi : 1. sedap (enak) baunya, wangi: bunga melati yg ~ baunya; 2. ki (bkn maruah, nama, kehormatan) baik, masyhur, terkenal: nama Malaysia semakin ~ dlm hubungan antarabangsa; ~ menghilangkan bau prb keburukan tidak kelihatan kerana tertutup oleh perbuatan atau nama baik; mengharum berbau (menjadi) harum, me­wangi: bunga-bunga kembang ~ di taman; mengharumkan 1. menyebabkan berbau harum, mewangikan: minyak wangi dipakai utk ~ badan; 2. menyebabkan mendapat nama baik (masyhur dsb): dgn kemenangan-kemenangannya itu Jega telah ~ nama Malaysia dlm bidang sukan antarabangsa; mengharumi memberi bau harum (keha­ruman) pd: bunga-bungaan yg wangi ~ bilik itu; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; pengharum bahan (unsur, faktor dsb) yg mengharumkan: daun limau purut juga digunakan sbg ~ masakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rum] | هاروم

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), Agave spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rum] | هاروم

Definisi : 1 sedap baunya; wangi: Bunga melati ~ baunya. 2 ki terkenal atau masyhur (kerana kegagahan, keberani­an, jasa dll): Beliau telah gugur di medan perang dgn nama yg ~. mengharum berbau harum; menjadi harum; mewangi: Nama sasterawan muda itu sedang ~. mengharumkan 1 menjadikan (berbau) harum; mewangikan: Minyak wangi itu dipakai utk ~ badan. 2 ki menyebabkan mendapat nama baik (ma­sy­hur, terkenal dll): Hang Tuah ialah salah seorang pahlawan Melayu yg telah ~ nama bangsa kita. harum-haruman sesuatu yg harum atau sedap baunya; bau-bauan yg wangi; wangi-wangian. keharuman 1 sifat atau keadaan harum; kewangian. 2 ki keadaan masyhur; kemasyhuran; kebaikan nama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harum (adjektif)
1. Dalam konteks bau
bersinonim dengan wangi, sedap, nyaman, semerbak, enak, raksi, resi,

2. Dalam konteks nama
bersinonim dengan termasyhur, terkenal, baik, dipuji, naik, terangkat,

Kata Terbitan : mengharum, mengharumkan, harum-haruman, keharuman,

Puisi
 

Pandan berbunga pandan,
     Pandan berlipat tidak berisi;
Harum juga bunga pandan,
     Harum di tangan kami tangisi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Harum menghilangkan bau.

Bermaksud :

Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa pertanyaan. 1. bau yang harum atau harum baunya betul? berkembang dengan pesatnya atau pesat berkembang betul? berlari dengan pantas atau berlari dengan pantasnya betul? 2. Mereka mengemas bilik tidur atau mereka mengemaskan bilik tidur betul? 3. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya atau saya telah dihadiahi oleh ibu seutas jam tangan pada hari jadi saya betul? 4. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan. Adakah ayat ini betul? 5. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. Adakah ayat ini betul? Terima kasih atas jawaban tuan.

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1.    1. Bau yang harum/harum baunya  

2.    2. Berkembang dengan pesatnya/pesat berkembang

3.    3. Berlari dengan pantasnya

4.    4. Mereka mengemas bilik tidur/mereka mengemaskan bilik tidur

5.    5. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya

6.    6. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan

7. 7 7. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini.

Tatabahasa15.07.2021
bunga yang harum/bunga-bunga yang harumFrasa 'bunga yang harum' atau 'bunga-bunga yang harum', kedua-duanya betul.Tatabahasa12.04.2011
ejaan yang betul bagi harum manis? Adakah harumanis atau Harum Manis?1. Ejaan yang betul ialah harum manisEjaan28.02.2020
Tuan, ayat mana yang betul? (1) bau harum durian menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah atau (2) bau harum durian yang menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah"Yang" ialah kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Ayat "bau harum durian" ialah klausa utama dan "menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah" ialah klausa kecil yang lain. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "bau harum durian yang menusuk hidung, memenuhi ruang tamu rumah."Tatabahasa16.05.2012
Apakah perbezaan antara hapak dengan harum?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hapak bermaksud berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang 
atau sudah lama tersimpan. Contoh ayat, bantal usang itu berbau hapak. Harum pula bermaksud, sedap (enak) baunya, wangi, baik, masyhur, terkenal. Contoh ayat, bunga melati itu harum baunya. Contoh ayat kedua, nama Malaysia semakin harum dalam hubungan antarabangsa.

Makna21.08.2021
Bau makanan sungguh harum atau Bau makanan sungguh wangi? Sila tanya, yang manakah kata adjektif betul? Terima kasihHarum dan Wangi sama maksudnya, lazimnya digunakan apabila menggambarkan bau bunga, air dan minyak. Makanan pula lazimnya dikatakan sedap yang bermaksud enak pada rasa dan bau.Tatabahasa12.11.2014
Harga untuk sekilogram buah mangga Harum Manis ini ialah/adalah RM4.50.Harga untuk sekilogram buah mangga Harum Manis ini ialah RM4.50.Tatabahasa30.04.2013
Maaf, saya ingin bertanya tentang ejaan perkataan harumanis. Yang mana satukah yang betul? Harumanis atau Harum manis? Mohon penjelasan pihak dbp. Terima kasih.
Ejaan yang betul ialah harum manis. Contoh ayat: Harga untuk sekilogram buah mangga Harum Manis ini ialah RM4.50.

Ejaan20.05.2020
Norharyati Harum MON 09:51 Assalamualaikum wrb. saya merupakan pensyarah di UTeM dan bercadanag untuk menerbitkan buku bahasa melayu berbetuk teknika dalam bidang ICT untuk golongan menengah rendah dan IPTA. Boleh saya dapatkan prosedur dan individu yang boleh dihubungi untuk perkara ini. - Pensyarah kanan, dr Norharyati Harum, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia MelakaWaalaikumussalam. Puan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21479494, e-mel: khalik@dbp.gov.my.Lain-lain06.02.2017
"Selain untuk pasaran tempatan, mangga Harum Manis ini juga dieksport ke luar negara," kata pengurus ladang itu. Betulkah ayat ini?Penggunaan tatabahasa dalam ayat betul.Tatabahasa29.04.2013
123

Kembali ke atas