Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rum] | هاروم

Definisi : 1. sedap (enak) baunya, wangi: bunga melati yg ~ baunya; 2. ki (bkn maruah, nama, kehormatan) baik, masyhur, terkenal: nama Malaysia semakin ~ dlm hubungan antarabangsa; ~ menghilangkan bau prb keburukan tidak kelihatan kerana tertutup oleh perbuatan atau nama baik; mengharum berbau (menjadi) harum, me­wangi: bunga-bunga kembang ~ di taman; mengharumkan 1. menyebabkan berbau harum, mewangikan: minyak wangi dipakai utk ~ badan; 2. menyebabkan mendapat nama baik (masyhur dsb): dgn kemenangan-kemenangannya itu Jega telah ~ nama Malaysia dlm bidang sukan antarabangsa; mengharumi memberi bau harum (keha­ruman) pd: bunga-bungaan yg wangi ~ bilik itu; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; pengharum bahan (unsur, faktor dsb) yg mengharumkan: daun limau purut juga digunakan sbg ~ masakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rum] | هاروم

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), Agave spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rum] | هاروم

Definisi : 1 sedap baunya; wangi: Bunga melati ~ baunya. 2 ki terkenal atau masyhur (kerana kegagahan, keberani­an, jasa dll): Beliau telah gugur di medan perang dgn nama yg ~. mengharum berbau harum; menjadi harum; mewangi: Nama sasterawan muda itu sedang ~. mengharumkan 1 menjadikan (berbau) harum; mewangikan: Minyak wangi itu dipakai utk ~ badan. 2 ki menyebabkan mendapat nama baik (ma­sy­hur, terkenal dll): Hang Tuah ialah salah seorang pahlawan Melayu yg telah ~ nama bangsa kita. harum-haruman sesuatu yg harum atau sedap baunya; bau-bauan yg wangi; wangi-wangian. keharuman 1 sifat atau keadaan harum; kewangian. 2 ki keadaan masyhur; kemasyhuran; kebaikan nama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harum (adjektif)
1. Dalam konteks bau
bersinonim dengan wangi, sedap, nyaman, semerbak, enak, raksi, resi,

2. Dalam konteks nama
bersinonim dengan termasyhur, terkenal, baik, dipuji, naik, terangkat,

Kata Terbitan : mengharum, mengharumkan, harum-haruman, keharuman,

Puisi
 

Pandan berbunga pandan,
     Pandan berlipat tidak berisi;
Harum juga bunga pandan,
     Harum di tangan kami tangisi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Harum menghilangkan bau.

Bermaksud :

Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIR

Mir ialah damar harum yang diperah daripada

pokok-pokok tertentu dan pokok renek tertentu. Mir

yang dirujuk dalam Kitab Bible (Matt.2) terdapat di

timur laut Afrika dan Timur Tengah. Damarnya

diperah dan digunakan dalam gaharu, minyak wangi

dan ubat. Satu lagi spesies mir di Timur Tengah, mir

Mekah, adalah sumber salap Gilead. Pokok mir

Afrika menghasilkan damar gam yang sama, yang

dikenali sebagai bdelium dan digunakan untuk

membuat varnis dan ubat.

Pengelasan saintifik. Pokok yang menghasilkan mir

tergolong dalam genus Commiphora. Mir dalam Kitab

Bible ialah Commiphora abyssinica; salap Gilead diperoleh

daripada C. opobalsamum; mir Afrika ialah C. africana.

UMUM 
TAIM

Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun,

berbau harum yang berasal dari kawasan

Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan

taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa

pahit yang menjadikannya perisa yang popular

dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat

antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak

daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair

pencuci mulut dan ubat batuk.

UMUM 
SAGEBRUSH

Sagebrush ialah pokok renek yang terkenal kerana

baunya yang harum dan rasanya yang pahit. Ia

tumbuh di dataran kering di bahagian barat Amerika

Syarikat. Tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi 0.5

hingga 4 meter dan mempunyai batang yang lurus

keras. Daunnya kecil dan tumbuh rapat-rapat.

Bunganya tumbuh di bahagian atas batang dan

berwarna kuning atau putih. Setiap bunga

mempunyai banyak bunga kecil yang dikenali

sebagai floret .

UMUM 
STOK

Stok ialah nama yang diberi kepada tiga bunga

taman yang berlainan. Stok berbau-malam

mengeluarkan bunga berwarna lilac berbau

harum yang kembang pada waktu petang. Tumbuhan

tahunan yang kecil dan bercabang ini berasal dari

selatan Eropah. Lenggainya mempunyai dua tanduk

yang ketara di hujungnya. Bunga stok Stok Virginia

adalah satu lagi tumbuhan tahunan yang mengeluarkan

bunga kecil yang berwarna putih, merah, atau lilac.

Tangkainya pendek dan lenggainya tidak bertanduk.

Stok Brompton atau stok biasa, tumbuh kira-kira 60 sentimeter

tingginya. Ia mengeluarkan bunga yang harum

berwarna putih, samar, merah, ungu, atau kuning.

Stok berasal dari selatan Eropah. Ia memerlukan

tempat yang mendapat cahaya matahari,

terlindung, dan tanah yang subur, agak beralkali.

UMUM 
LILY OF THE VALLEY

Lily of the valley ialah bunga taman yang

harum. Setiap bunga berbentuk seperti loceng

yang kecil. Ia tumbuh di Amerika Utara, Eropah dan

utara Asia.

UMUM 
DUPA

Dupa ialah campuran gam dan balsam yang

berbau wangi. Dupa mengeluarkan bau harum

yang lembut apabila dibakar.

UMUM 
NANAS

Nanas ialah tumbuhan tropika yang terkenal

kerana buahnya yang berjus dan berbau harum.

Barangkali ia mendapat namanya pineapple dalam

bahasa Inggeris kerana buahnya kelihatan seperti

sebiji kon pain yang besar. Ramai orang suka

meminum jus nanas dan memakan buahnya sebagai

pencuci mulut atau dalam salad buah-buahan.

Thailand menanam lebih banyak nanas daripada

mana-mana negara lain. Petani di sana

mengeluarkan lebih kurang satu per empat

daripada nanas di dunia.

UMUM 
TEMBAKAU BERBUNGA

Tembakau berbunga atau nikotiana ialah

nama bagi beberapa tumbuhan tahunan dan

tumbuhan saka dalam famili nightshade. Ia

ditanam kerana bunganya yang harum. Tumbuhan

ini tumbuh liar di kawasan tropika Amerika

Selatan, dan ditanam di banyak kawasan.

Daun tembakau berbunga berbulu dan melekit.

Bunganya berwarna kuning, ungu, merah atau

putih, dan berbentuk seperti tiub panjang.

Tembakau berbunga sangat sensitif terhadap

cuaca sejuk, dan hendaklah dilindungi. Ia boleh

ditanam daripada biji benih di tanah ringan yang

subur. Biji benihnya hendaklah ditanam di batas

panas atau rumah hijau pada awal musim bunga,

dan kemudian dipindahkan ke luar.

Pengelasan saintifik. Tembakau berbunga

tergolong dalam famili nightshade, Solanaceae, genus

Nicotiana .

UMUM 
ORRISROOT

Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris

tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia

digunakan untuk memberikan bau wangi violet

kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak

daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan

sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana

harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik.

Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi

tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal

daripada tiga spesies – Iris florentina, Iris

germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini

ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan

Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim

panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia

mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi

minyak yang berbau seperti violet dan digunakan

dalam minyak wangi. Lihat juga Iris.

UMUM 
MIRTEL

Mirtel ialah pokok renek atau pokok kecil malar

hijau yang menarik. Ia tumbuh liar di kawasan

Mediterranean di selatan Eropah dan utara Afrika.

Mirtel mempunyai daun berkilat, berwarna hijau tua

dan bunganya harum berwarna putih. Ia adalah

pokok taman yang popular, terutamanya di kawasan

yang musim sejuknya sederhana. Pokok mirtel

dianggap suci oleh orang Yunani purba dan

digunakan dalam perayaan.

UMUM 
123

Kembali ke atas