Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rus] | هاروس

Definisi : 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib: kita mempunyai kepen­tingan sendiri yg ~ dijaga; engkau ~ berlaku adil dan saksama; 2. boleh jadi, mungkin: padinya ~ tidak menjadi disebabkan ke­kurangan air; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb), mungkin: ~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan; 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah: mandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam; seharusnya sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara diri drpd kekejian; mengharuskan 1. memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan me­ma­kai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan, mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah di­haruskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian; keharusan 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, ke­mestian, kewajiban: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (ter­jadi), ke­mung­kinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rus] | هاروس

Definisi : 1 boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2 boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3 berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharus­nya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harus (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,

2. Dalam konteks hukum Islam
bersinonim dengan jaiz, mubah,

Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan,

Puisi
 

Kalau begini rupanya padi,
     Harus juga condong ke barat;
Kalau begini rasanya hati,
     Harus juga akan melarat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kaki tertarung inai padahannya,
     mulut terdorong emas padahannya.

Bermaksud :

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya).

 

Lihat selanjutnya...(47)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
be4. (with infin) a. (indic obligation) /harus, mesti/ [v]: you are to report immediately, saudara harus melaporkan diri dgn segera; the letter was to ~ signed by the principal, surat itu harus ditandatangani oleh guru besar; b. (indic futurity) akan [v]: the book is to appear shortly, buku itu akan terbit tdk lama lagi; c. (indic potentiality ), /dapat, boleh/ [v]: the drug is to ~ had at every chemist’s shop, ubat itu dapat diperoleh dr tiap-tiap kedai ubat; d. (indic purpose) untuk: this money is to buy books with, wang ini untuk membeli buku;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
muchmasih banyak yg harus dikerjakan; you have ~ explaining to do, banyak yg harus saudara jelaskan; there’s been ~ discussion and bickering over this question, soal ini sudah banyak dibahaskan dan dipertikaikan; ~ money has been spent on repKamus Inggeris-Melayu Dewan
de rigueuradj harus + approp v: formal dress is ~ at the reception, pakaian rasmi harus dipakai di majlis itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
owe2. be bound by duty to do, give, show (respect, reverence, etc) harus, patut; (allegiance) mengaku: I ~ you an apology for the way I spoke, saya harus meminta maaf kpd tuan krn cara saya bercakap tadi; you surely ~ your father some respect, bukankah kamu harus menghormati bapamu?; to ~ allegiance to the King, mengaku taat setia kpd raja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sad3. deplorable, regrettable, menyedihkan, harus dikesali: I found him in a ~ state of poverty, saya mendapati dia dlm keadaan kemiskinan yg menyedihkan; you are making a ~ mistake, kamu membuat kesilapan yg harus dikesali;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
seal 1 my lips are ~ed, saya (harus) /mengunci, menutup/ mulut: I’m aware she has left the country but for now my lips are ~ed, saya sedar bahawa dia telah meninggalkan negara ini tetapi buat masa ini saya harus mengunci mulut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pleasurekamu harus mengutamakan tugas drpd keseronokan; ~ seemed to be her only concern, nampaknya dia hanya mementingkan keseronokan; a ~ trip, perjalanan utk berseronok-seronok; 4. delight, seronok(nya): what a ~ it would be to go boating, alangkah seronoknya pergi bersiar-siar dgn bot; it is a real ~ to see you again, seronoknya dapat bertemu dgn kamu semula; 5. (fml) desire, wish, hasrat, kehendak: we all have to wait on his ~, kami semua terpaksa menunggu mengikut kehendaknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laudableadj /patut, harus/ dipuji: a ~ attempt, usaha yg patut dipuji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laudableadj /patut, harus/ dipuji: a ~ attempt, usaha yg patut dipuji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
samewe should get the ~ pay as the men, kita harus mendapat gaji yg sama spt orang lelaki; her grandmother is of the ~ age as mine, neneknya sebaya dgn nenek saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas