Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rus] | هاروس

Definisi : 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib: kita mempunyai kepen­tingan sendiri yg ~ dijaga; engkau ~ berlaku adil dan saksama; 2. boleh jadi, mungkin: padinya ~ tidak menjadi disebabkan ke­kurangan air; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb), mungkin: ~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan; 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah: mandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam; seharusnya sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara diri drpd kekejian; mengharuskan 1. memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan me­ma­kai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan, mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah di­haruskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian; keharusan 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, ke­mestian, kewajiban: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (ter­jadi), ke­mung­kinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rus] | هاروس

Definisi : 1 boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2 boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3 berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharus­nya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harus (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,

2. Dalam konteks hukum Islam
bersinonim dengan jaiz, mubah,

Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan,

Puisi
 

Kalau begini rupanya padi,
     Harus juga condong ke barat;
Kalau begini rasanya hati,
     Harus juga akan melarat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kaki tertarung inai padahannya,
     mulut terdorong emas padahannya.

Bermaksud :

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya).

 

Lihat selanjutnya...(47)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tactical planningperancangan taktikPentadbiranTiadaProses membuat keputusan terperinci dalam jangka pendek tentang perkara yang harus dilakukan dan orang yang harus melakukannya.
heterogeneous catalystmangkin heterogenKejuruteraanKejuruteraan KimiaMangkin pepejal yang bertindak dalam fasa yang berlainan dengan bahan tindak balas apabila bahan tindak balas harus terjerap pada permukaan mangkin dan produk harus meresap keluar ke dalam larutan pukal.
herbal reference standardherba rujukan piawaiHerbaTiadaSampel bahan herba dalam bentuk asal dan terproses yang mengandungi bahan kimia khusus, bahan penanda atau bahan pencemar yang diketahui. Herba rujukan piawai ini harus mempunyai kualiti yang bersesuaian dengan kegunaannya. Bagi herba yang tidak terdapat dalam farmakopeia, sampel herbarium bahan tersebut harus disediakan. Herba rujukan piawai ini disimpan dalam keadaan yang baik untuk mengekalkan kualitinya. Tarikh luput dan/atau validasi semula harus ditentukan dan dinyatakan. Sinonim herba rujukan standard.
accountabilitykebertangugungjawabanPentadbiranTiadaTanggungjawab yang harus dipikul kerana memegang sesuatu jawatan.
nutrientnutrienPerubatanTiadaBahan makanan yang harus diambil untuk membekalkan tenaga, pertumbuhan dan kesihatan.
nutrientnutrienGerontologiTiadaBahan makanan yang harus diambil untuk membekalkan tenaga, pertumbuhan dan kesihatan.
Good Collection Practices (GCP)Amalan Pengumpulan Baik (GCP)HerbaTiadaGaris panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dipatuhi untuk pengumpulan dan penuaian bahan herba. Kakitangan yang terlibat mesti mahir, mempunyai latihan botani yang memadai serta tahap kebersihan dan kesihatan yang baik. Semasa pengumpulan, peralatan dan kemudahan yang digunakan harus bebas daripada pencemaran silang dan bahan herba yang dituai mestilah mengandungi hasil dan komponen kimia aktif pada tahap yang optimum. Pengumpulan liar harus mematuhi peraturan pemuliharaan negara dan serantau, dan tidak menyebabkan pemusnahan biodiversiti. Bahan terkumpul harus bebas daripada rumpai toksik dan harus diangkut secepat mungkin ke tapak pemprosesan. GCP ini merupakan sebahagian daripada proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal kemampanan bahan herba dan kelestarian sumber semula jadi. Sinonim GCP.
role behaviourkelakuan perananPentadbiranTiadaPeranan yang harus dimainkan oleh seseorang seganding dengan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
checklistsenarai semakanPerubatanTiada1. Senarai perkara yang harus diperhatikan dan dinilai apabila pesakit ortodontik datang untuk panggilan semula atau rawatan lanjut.
threshold potentialkeupayaan ambangKejuruteraanTiadaTenaga minimum yang harus diperoleh oleh alur elektron di dalam sumber ion untuk menghasilkan ion daripada spesies tertentu apabila sesuatu molekul diionkan.
12345678910...

Kembali ke atas