Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.san] | حسن

Definisi : Ar baik, cantik, elok (lelaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hasan Elkalantani Oct 11th, 12:33am Salam. Saya nak order buku2 dbp secara online boleh dak?Terima kasih tuan. Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain11.10.2015
Adakah ayat ini betul? Keluarga Encik Hasan membantu Encik Hasan menanam sayur-sayuran.Ayat ini betul.Tatabahasa10.11.2014
Syimah Hasan THURS 11:47 Assalamualaikum dan selamat pagi. saya syimah dari BM World boleh saya tahu bagaimana untuk saya tahu program atau aktiviti yang dianjurkan oleh DBP untuk pelajarSegala program yang berkaitan dengan kursus dan bengkel kemahiran berbahasa, kesusasteraan dan penerbitan diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui taliann 03-21479000/9001/9002.Lain-lain06.04.2017
Pak Hasan berkebun sayur-sayuran di kebun sayur. Adakah ayat ini tepat?Ayat yang tepat dan gramatis ialah Pak Hasan berkebun di kebun sayur-sayuran.
Frasa keterangan di kebun sayur-sayuran sudah cukup untuk melengkapi frasa kerja berkebun.
Tatabahasa22.03.2018
Saya ingin mendapatkan buku bertajuk FAJAR DI HUJUNG MALAM, Karya Hasan Ali, terbitan DBP tahun 1992. Boleh bantu saya ?Salam tuan budiman,

Buku Terbitan DBP

Berdasarkan semakan buku tersebut dengan Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, DBP. Dimaklumkan bahawa, buku bertajuk FAJAR DI HUJUNG MALAM, Karya Hasan Ali, terbitan DBP tahun 1992, sudah tiada dalam stok di kedai buku DBP. Buat masa ini juga, tiada cetak ulang bagi buku tersebut.

Walaubagaimanapun, untuk tujuan rujukan dan pinjaman, buku tersebut boleh diperoleh dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP di Aras 3, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Encik Salman bin Zainol melalui talian telefon 03-2147 9637.

Bersama-sama ini disertakan maklumat kedudukan simpanan buku tersebut dalam sistem http://pustaxa.dbp.gov.my/

Sekian, terima kasih.


Lain-lain26.10.2019
Terima kasih atas penjelasan tentang penggunaan ADA di depan kata kerja. Adakah ini bermakna ayat -ayat berikut betul? 1."Awak ada makan?" 2.Ali ada minum air 3. Muthu ada tidur. 3. Hasan ada mandi.Penggunaan perkataan ada di hadapan kata kerja bergantung pada kata kerja yang hadir selepas perkataan ada.  Berdasarkan contoh tersebut, penggunaan ada tidak tepat. Penggunaan perkataan yang betul ialah:

1."Awak ada makan?"
 Awak ada makanan?/ Awak sudah makan?

2.Ali ada minum air.
Ali sudah/telah minum air.

3. Muthu ada tidur.
Muthu telah/sedang  tidur.

Sila rujuk Kamus Dewan untuk makna ada.

3. Hasan ada mandi.
Hasan sudah/telah/sedang mandi.
Tatabahasa14.08.2013
Penggunaan 'demi' dalam ayat 1.Mereka berkumpul demi mengambil foto. Penggunaan 'sebahagian' dalam ayat 2. Hasan bekerja sebahagian hari, pada hari ini. Adakah sesuai penggunaan kata tersebut?Mereka berkumpul demi mengambil foto. Penggunaan perkataan demi dalam ayat ini tidak sesuai. Ayat yang betul ialah: Mereka berkumpul untuk mengambil foto.

Penggunaan kata yang sesuai ialah: Hasan bekerja separuh hari, pada hari ini. 
Tatabahasa18.11.2022
Saya mahamdee bin hasan belajar bahasa melayu dasar universiti fatoni ingin bertanya tentang tata bahasa apakah maksud ayat Fonologi ? Terima kasihFonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.Makna10.11.2015
Saya Mahamdee Bin Hasan belajar Bahasa Melayu dasar, Universiti Fatoni ingin tertanya tentang tata bahasa Pengertian tata bahasa mabbin terimakasih
Tiada maklumat berkaitan dengan Tatabahasa Mabbin dalam data kami. Perkataan yang hampir sama ialah "MABBIM" yang merujuk akronim bagi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia.
Makna03.11.2015
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Saya Mohd Sabri Hasan pelajar PhD daripada UKM. Saya sedang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan pemprosesan teks bahasa Melayu dibawah penyeliaan Profesor Dr Shahrul Azman Mohd Noah. Penyelidikan saya adalah ringkasan teks automatik pada teks bahasa Melayu. Salah satu teknik dalam ringkasan teks automatik adalah headline summarization. Headline summarization adalah proses menghasilkan satu ayat tunggal daripada teks yang mewakili idea utama. Masalah saya, apakah perkataan bahasa Melayu yang paling sesuai bagi mengantikan 'headline summarization'. Perkataan headline biasanya dikaitkan dengan tajuk utama. Dalam dalam konteks ringkasan teks automatik ia mewakili idea utama dalam bentuk ayat tunggal. Sekian terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah khusus untuk "headline summarization" dalam pangkalan data kami. Berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang dicadangkan ialah ringkasan idea utama atau ringkasan isi utama.Istilah19.10.2012
123

Kembali ke atas