Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.sa.nah]/[ha.sa.nah] | حسنة

Definisi : Ar 1. baik, cantik, elok (perempuan); 2. kebahagiaan, kebaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hasanah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Hasanah awae berlajar Saya ingin bertnya tentang bahasa melayu apakah makna perkhidmatPerkhidmatan membawa maksud 1. perbuatan atau hal berkhidmat; 2. kerja, usaha, kemudahan dan lain-lain untuk kepentingan orang ramai.Makna29.10.2015
Saya hasanah Awae belajar melayu dan Saya ingin bertanya tentang bahasa apakah makna sektorSektor mempunyai beberapa maksud, antaranya termasuklah bidang dalam sesuatu kegiatan. Untuk mencari makna kata, sila gunakan kemudahan yang disediakan dalam laman web kami.Lain-lain30.10.2015
Adakah perkataan 'uswah hasanah' yang bermaksud contoh teladan baik merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w boleh digunakan dalam Bahasa MelayuMaksud uswah hasanah ialah contoh teladan yang baik yang merujuk kepada Nabi Mohamad SAW. Perkataan tersebut boleh digunakan untuk tujuan tersebut.Makna01.03.2007
Adakah perkataan 'qudwah' wujud dalam bahasa Melayu? Guru saya menggunakan frasa 'qudwah hasanah', padahal hanya frasa 'uswah hasanah' dapat dijumpai dalam kamus.
Perkataan qudwah tidak terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. 
Lain-lain05.05.2020
Adakah ayat-ayat berikut dibina dengan betul: "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." "Datuk saya menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." Terima Kasih.Jawapan:

1. "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." - betul
2. "Datuk menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." - 'saya' tidak perlu diulang.
Tatabahasa04.11.2015
Assalamualaikum dan Selamat Petang. Saya Nurul Hasanah dari Farmasi Gpharmax. Saya ingin bertanya mengenai ejaan GPHARMAX dalam bahasa jawi dengan betul. Cara sebutan adalah " ji farmax". Adakah ejaan berikut adalah betul? جي فارمكس Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Terima kasih.Berdasarkan sebutan GPharmax, cadangan kami ejaannya جي ڧرميک س .Ejaan03.08.2022
Apa perkaitan antara hukum DM dan frasa/ayat songsang ?

Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan m= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua. Contohnya: Restoran Hasanah, kereta Proton, guru bahasa. Kekecualian boleh berlaku akibat kebiasaan penggunaan, terutama pada jawatan. Contohnya:Perdana Menteri. (rujuk

Ayat songsang ialah susunan ayat yang berlawanan dengan pola ayat biasa. Ayat biasa ialah subjek + predikat. Contohnya: Kucing itu comel. Ayat songsang mempunyai susunan predikat + subjek. Contohnya: Comel kucing itu.   

Tatabahasa09.05.2011
Rajvinderjeet Singh Mar 3rd, 1:47pm Saya ingit bertanyakan tentang hukum DM. Apakah itu hukum DMDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Mar 3rd, 3:49pm Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan m= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua. Contohnya: Restoran Hasanah, kereta Proton, guru bahasa. Kekecualian boleh berlaku akibat kebiasaan penggunaan, terutama pada jawatan. Contohnya:Perdana Menteri.Istilah03.03.2015
boleh saya dapatkan alamat email Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur?Salam tuan,

Maklumat Pengarah Jabatan Penerbitan:

1. Pengarah Jabatan Penerbitan:
    Tuan Haji Razali bin Che Mat
    E-mel: razali3@dbp.gov.my

2. Pembantu Setiausaha Pejabat:
    Puan Uswatun Hasanah binti Mohamad Amin
    No. Telefon: 03-21479533
    E-mel: uswatun@dbp.gov.my

Sekian, untuk pemakluman.

Lain-lain22.02.2021

Kembali ke atas