Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.sil] | حاصيل

Definisi : 1 sesuatu yg diperoleh drpd se­suatu usaha, tanah, tanam-tanaman dll; pendapatan; perolehan: Getah dan bijih timah ialah ~ utama negara kita. 2 bayaran yg dikenakan oleh kerajaan atas barang-barang yg dibawa masuk ke dlm negeri, tanah, perniagaan dll; cukai; pajak: ~ negeri dipungut dgn ber­bagai-bagai cara. 3 ki sesuatu kebaikan dll yg terjadi sbg ekoran sesuatu perbuatan, usaha dll: ~ rundingan itu ialah perhu­bungan yg lebih baik antara kedua-dua buah negara. ~ bahagi angka yg diperoleh dgn membahagikan satu angka dgn angka lain. ~ buangan ist bahan yg terhasil dlm proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri. ~ bumi hasil (spt bijih timah) yg diperoleh dr dlm bumi. ~ darab angka yg diperoleh dgn mendarabkan dua angka atau lebih. ~ hutan segala barang spt rotan, damar, kayu-kayan yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan di hutan. ~-mahsul berbagai-bagai hasil. ~ pertanian barang-barang yg diperoleh drpd usaha bertani. ~ sampingan hasil (bahan dll) yg diperoleh drpd proses penghasilan sesuatu bahan lain (hasil utama): Semasa tumbuh-tumbuhan membuat karbohidrat pd waktu siang, oksigen terbebas sbg ~ sam­pingan. ~ tanah a. cukai yg dikenakan pd tanah. b. hasil bumi. ~ utama hasil yg penting yg menjadi keutamaan dlm sesuatu pengeluaran. berhasil 1 ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2 berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~. menghasilkan 1 mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2 mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3 mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. penghasilan perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. penghasil orang, negara dll yg menghasilkan sesuatu; alat utk menghasilkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Puisi
 

Ayam ini ayam Melaka,
     Mari dijual ke Tanjung Pagar;
Kalau tuan ingin berniaga,
     Hasil negeri mahulah dibayar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Apa tampangnya,
     itulah tumbuhnya.

Bermaksud :

Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. tampang = benih.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekspopameran dan jualan barangan, perkhidmatan dll, mis hasil kraf tangan, lukisan, dan hasil pertanian, yg diadakan secara terancang dan besar-besaran dlm tempoh masa tertentuKamus Dewan Perdana
eramanhasil drp mengeramKamus Dewan Perdana
enjutanhasil gerakan berenjutKamus Dewan Perdana
enceranhasil mengencerkanKamus Dewan Perdana
embriohasil persenyawaan antara ovum dgn sperma yg berkembang pd peringkat awal, iaitu enam atau tujuh hari selepas konsepsi hingga minggu kelapanKamus Dewan Perdana
emaslogam hasil bumi berwarna kekuningan, tidak berkarat, tahan kakis, dan mahal harganya, biasanya digunakan utk membuat barang kemas, jongkong dan duit syiling. Kata teknikalnya ialah aurumKamus Dewan Perdana
estetikakeindahan yg terdapat dlm sst hasil seni spt lukisan, sajak atau filemKamus Dewan Perdana
mengepakmemajak (tanah, bangunan dll) yg mendatangkan hasil atau faedah dgn membayar wang sewa atau cukaiKamus Dewan Perdana
bereksplorasimeneliti dan mencuba idea, kaedah dll yg baharu utk melihat hasil atau kekeputusannyaKamus Dewan Perdana
entalpiciri termodinamik sst sistem yg mengukur jumlah tenaga dlm sst sistem, iaitu jumlah tenaga dalaman sistem tsb ditambah dgn hasil darab isi padu sistem itu dgn tekanan yg dikenakan terhadapnya oleh persekitaran. Simbol: HKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas