Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ti] | هاتي

Definisi : 1 organ berwarna perang ke­merah-merahan di dlm tubuh yg menge­luarkan hempedu dan membersih­kan darah: ~ kambing; ~ lembu. 2 tempat melahirkan segala perasaan; batin: Mereka ketawa kerana suka ~. Rupanya buruk tetapi ~nya baik. 3 bahagian tengah pd sesuatu: ~ kayu; ~ nanas. ~ budi keperibadian seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya. ~ kecil pe­rasaan yg terkandung dlm batin (hati). berhati mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. ~ batu a. bersifat degil. b. tidak mempunyai belas kasihan. ~ berlian (emas) bersifat sangat baik hati, suka menolong dan membuat kebajikan. ~ binatang bersifat bengis. ~ perut mempunyai perasaan yg halus; bertimbang rasa. ~ pilu bersedih. ~ waja tidak mudah kecewa. ~ walang tidak sedap hati; khuatir; bimbang. sehati sepakat; seia sekata; bersatu hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. berhati-hati berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. memperhatikan 1 me­mandang atau melihat dgn cermat; mengamat-amati: Segala gerak-geri dan tingkah lakunya diperhatikan oleh gurunya. 2 mengambil peduli; mempedulikan; mengendahkan: Dia tidak sedikit pun ~ nasihat ibu bapanya. perhatian keingin­an atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. pemerhatian perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. pemerhati 1 orang yg memberikan perhatian. 2 orang yg menghadiri (menyertai) sesuatu persidangan, seminar dll tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati nama sj pokok renek yg daunnya dijadikan ubat sakit perut, Coleus amboinicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(845)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(224)


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdfJpendidikan30[09].pmdamat perlu mengadakan kursus, bengkel atau seminar mengenai penggunaan perkaedahan pengajaran agama yang berkesan. Hasil maklumat daripada temu bual pula didapati seramai 8 orang guru agama (57.1%) telah berpuas hati dengan kaedah pengajaran agama yang telah mereka gunakan dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam. Di antara ciri-ciri yang mereka berpuas hati ialah kaedah pengajaran yang mereka gunakan boleh disesuaikan dengan isi pelajaran, dikatakan bahawa pelajar-pelajar mudah memahami isi pelajaran yang telah disampaikan. Sementara itu seramai 6 orang (42.9%) tidak http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=8&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=3&hits=7a0+7b5+7d5+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdfC:\Documents and Settings\Adminpelajar lelaki. Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa pelajar perempuan berkecenderungan untuk mengambil tindakan yang lebih mendekatkan mereka dengan sekolah berbanding pelajar lelaki. Ini bermakna, jika keadaan persekitaran sekolah tidak memuaskan hati pelajar, pelajar perempuan akan 105 Prestasi Akademik Mengikut Gender mengambil tindakan yang positif dan terus belajar seperti biasa, manakala pelajar lelaki pula mengambil tindakan yang agak negatif seperti ponteng kelas guru perempuan mendapati min pelajar perempuan (34.65) adalah lebih tinggi berbanding min pelajar lelaki (34.07). Keadaan ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan, secara keseluruhannya melaporkan bahawa mereka lebih berpuas hati terhadap aspek-aspek pengajaran guru perempuan berbanding pelajar lelaki. Tegasnya, pelajar lelaki dan perempuan tiada masalah dengan guru lelaki, tetapi pelajar lelaki bermasalah dengan guru perempuan. Keadaan ini mungkin disebabkan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=3&hits=e1f+fe3+126d+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdfJpendidikan30[08].pmdmenunjukkan gambaran keseluruhan min skor dimensi kognitif. 133 Tahap Literasi Komputer Pelajar Sekolah Menengah di Kedah JADUAL 1. Min bagi item sikap Nombor Perkara Min Item 20 Saya berasa senang hati berada di dalam persekitaran komputer 4.13 21 Saya berasa selesa berinteraksi dengan komputer 4.08 22 Belajar komputer menjemukan saya 4.12 23 Saya suka belajar komputer 4.34 http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=5b0+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdfJpendidikan30[04].pmdBahasa Melayu Mengikut Jantina di Luar Kelas Contoh strategi BAS: • Selain itu, sebelum saya memulakan pembelajaran BM, saya akan mulakan dengan membaca bismillah dan membaca. Selalunya saya baca doa penerang hati ( PCL-1, DLK: 173-178) Contoh strategi SS: • Saya selalu sembahyang dan tidak pernah tinggalkan sembahyang ataupun bersembahyang jemaah dengan ibu bapa saya ataupun dengan rakan-rakan saya di sekolah http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=da4+

Kembali ke atas