Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ti] | هاتي

Definisi : 1 organ berwarna perang ke­merah-merahan di dlm tubuh yg menge­luarkan hempedu dan membersih­kan darah: ~ kambing; ~ lembu. 2 tempat melahirkan segala perasaan; batin: Mereka ketawa kerana suka ~. Rupanya buruk tetapi ~nya baik. 3 bahagian tengah pd sesuatu: ~ kayu; ~ nanas. ~ budi keperibadian seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya. ~ kecil pe­rasaan yg terkandung dlm batin (hati). berhati mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. ~ batu a. bersifat degil. b. tidak mempunyai belas kasihan. ~ berlian (emas) bersifat sangat baik hati, suka menolong dan membuat kebajikan. ~ binatang bersifat bengis. ~ perut mempunyai perasaan yg halus; bertimbang rasa. ~ pilu bersedih. ~ waja tidak mudah kecewa. ~ walang tidak sedap hati; khuatir; bimbang. sehati sepakat; seia sekata; bersatu hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. berhati-hati berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. memperhatikan 1 me­mandang atau melihat dgn cermat; mengamat-amati: Segala gerak-geri dan tingkah lakunya diperhatikan oleh gurunya. 2 mengambil peduli; mempedulikan; mengendahkan: Dia tidak sedikit pun ~ nasihat ibu bapanya. perhatian keingin­an atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. pemerhatian perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. pemerhati 1 orang yg memberikan perhatian. 2 orang yg menghadiri (menyertai) sesuatu persidangan, seminar dll tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati nama sj pokok renek yg daunnya dijadikan ubat sakit perut, Coleus amboinicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(845)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(224)


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
glycogen  Molekul karbohidrat yang terdiri daripada rantai bercabang berfungsi sebagai penyimpan tenaga dalam haiwan dan sel kulat yang biasanya tersimpan dalam hati atau otot. Karbohidrat tersebut merupakan molekul polisakarida bersaiz sekitar 150 nm dan didapati dalam bentuk granul dalam sitosol pada pelbagai jenis sel. Sel hati mempunyai kepekatan glikogen yang tertinggi, iaitu sehingga 8% terhadap berat segar hati yang normal atau 100g - 120g dalam orang dewasa.
cholesterol  Lemak lipid berhablur putih, C27H45OH yang terdapat pada tisu tubuh dan plasma darah yang biasanya disintesis oleh hati dan penting sebagai juzuk sel.
tissue engineering  Teknik untuk meningkatkan fungsi biologi tisu, membaiki atau menggantikan sebahagian atau keseluruhan tisu menggunakan pengetahuan sel, kejuruteraan, bahan, biokimia, dan fisiokimia. Contoh tisu ialah tulang, rawan, salur darah, dan pundi. Kejuruteraan tisu dapat menghasilkan organ buatan seperti pankreas buatan dan hati buatan.

Kembali ke atas