Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ti] | هاتي

Definisi : 1 organ berwarna perang ke­merah-merahan di dlm tubuh yg menge­luarkan hempedu dan membersih­kan darah: ~ kambing; ~ lembu. 2 tempat melahirkan segala perasaan; batin: Mereka ketawa kerana suka ~. Rupanya buruk tetapi ~nya baik. 3 bahagian tengah pd sesuatu: ~ kayu; ~ nanas. ~ budi keperibadian seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya. ~ kecil pe­rasaan yg terkandung dlm batin (hati). berhati mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. ~ batu a. bersifat degil. b. tidak mempunyai belas kasihan. ~ berlian (emas) bersifat sangat baik hati, suka menolong dan membuat kebajikan. ~ binatang bersifat bengis. ~ perut mempunyai perasaan yg halus; bertimbang rasa. ~ pilu bersedih. ~ waja tidak mudah kecewa. ~ walang tidak sedap hati; khuatir; bimbang. sehati sepakat; seia sekata; bersatu hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. berhati-hati berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. memperhatikan 1 me­mandang atau melihat dgn cermat; mengamat-amati: Segala gerak-geri dan tingkah lakunya diperhatikan oleh gurunya. 2 mengambil peduli; mempedulikan; mengendahkan: Dia tidak sedikit pun ~ nasihat ibu bapanya. perhatian keingin­an atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. pemerhatian perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. pemerhati 1 orang yg memberikan perhatian. 2 orang yg menghadiri (menyertai) sesuatu persidangan, seminar dll tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati nama sj pokok renek yg daunnya dijadikan ubat sakit perut, Coleus amboinicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(845)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(224)


Perkhidmatan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=874&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 bimbingan berkarya-puisi moden sebagai,”khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik hati orang yang mendengarnya. Seterusnya Za’ba mengatakan bahawa karangan berangkap itu ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat, dan antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyi atau tahun 1934, Pungguk menghasilkan lima buah puisi sekali gus dan disiarkan dalam Majalah Guru, Mac 1934. Judul puisi-puisi Pungguk itu ialah, “Keluh Kesah”, “Selalu Merayu”, “Tak Disangka-sangka”, “Pujukan hati”, dan “Ibuku”. Dalam kelima-lima buah puisi ini telah ditemui penyimpangan daripada peraturan puisi-puisi Melayu tradisional yang ketat. Sejak Harun Aminurrasyid dan Pungguk menghasilkan puisi moden, puisi Melayu moden Highlighter.aspx?DocId=19&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=2&hits=23a+3cb+
http://dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=107KANDUNGANdan menjolok mata Menurut Kamus Dewan (1994: 245), kata mencolok mata bermakna 1. mencucuk mata; 2. (bahasa kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar, 3. membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Kata menjolok pula bermakna 1. menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dalam lubang hidung (kerongkong dll.); 3. memancing- mancing keterangan dll.; daripada orang, mengajuk atau menduga hati. Jadi, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang tepat ialah mencolok mata, iaitu bahasa kiasan yang bermakna tampak jelas atau kelihatan jelas benar. Contoh penggunaannya: • Kakitangan kerajaan dilarang memakai pakaian http://dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=107#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=22&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=3&hits=51d+546+6c6+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=827&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 bimbingan berkarya-cerpen bahasa yang boleh dihayati dengan baik oleh pembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikan kesan pengajaran dan hiburan. Yang ketiga Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif. Yang keempat Sesebuah cerpen Highlighter.aspx?DocId=18&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=316+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=551&VertSectionID=25&CurLocation=238&IID=&Page=1 Pangkalan Data Korpus - Dewan Bahasa dan Pustaka Komunikasi: Suatu Kajian Berdasarkan Teks Akhbar Harian (Dibentangkan dalam Seminar Cabaran dan Penulisan Sains dan Teknologi Dalam Alaf Baru pada 25 - 26 April 2001 di Universiti Kebangsaan Malaysia) 7 Soal Hati: Suatu Kajian Korpus (Dibentangkan dalam Konvensyen Bahasa Kebangsaan 2001 pada 2 - 4 Mei 2001 di Hotel Nikko, Kuala Lumpur) 8 Yang Selari dan Yang Setanding: Peranan Korpus dalam Penterjemahan (Dibentangkan Highlighter.aspx?DocId=14&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=508+

Kembali ke atas