Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ti] | هاتي

Definisi : 1 organ berwarna perang ke­merah-merahan di dlm tubuh yg menge­luarkan hempedu dan membersih­kan darah: ~ kambing; ~ lembu. 2 tempat melahirkan segala perasaan; batin: Mereka ketawa kerana suka ~. Rupanya buruk tetapi ~nya baik. 3 bahagian tengah pd sesuatu: ~ kayu; ~ nanas. ~ budi keperibadian seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya. ~ kecil pe­rasaan yg terkandung dlm batin (hati). berhati mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. ~ batu a. bersifat degil. b. tidak mempunyai belas kasihan. ~ berlian (emas) bersifat sangat baik hati, suka menolong dan membuat kebajikan. ~ binatang bersifat bengis. ~ perut mempunyai perasaan yg halus; bertimbang rasa. ~ pilu bersedih. ~ waja tidak mudah kecewa. ~ walang tidak sedap hati; khuatir; bimbang. sehati sepakat; seia sekata; bersatu hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. berhati-hati berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. memperhatikan 1 me­mandang atau melihat dgn cermat; mengamat-amati: Segala gerak-geri dan tingkah lakunya diperhatikan oleh gurunya. 2 mengambil peduli; mempedulikan; mengendahkan: Dia tidak sedikit pun ~ nasihat ibu bapanya. perhatian keingin­an atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. pemerhatian perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. pemerhati 1 orang yg memberikan perhatian. 2 orang yg menghadiri (menyertai) sesuatu persidangan, seminar dll tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati nama sj pokok renek yg daunnya dijadikan ubat sakit perut, Coleus amboinicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(845)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(224)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
bāmiye( هيماب )bānd( دناب )bānk( کناب )bāng, faryād( دايرف ،گناب )bā vaghār( راقو اب )bā hūsh( شوه اب )bebakhshīd( ديشخبب menenun baki sayap di atas dewasa, baligh balkoni belon baik hati pagi bendi kain pembalut bank teriak berbudi cerdas maafkan saya to weave remainder wing above adult balcony ballon kind morning okra bandage bank call loudly, cry graceful intelligent excuse me یرادهگن ،ظفح ندرک ربزا ،ندرک ظفح )ḥefẓ kardan, az bar kardan( )ḥagh( قح ketamakan, kehalobaan huruf ucapan berkata, bercakap gerakan tempat perlindungan, tempat suci akaun kecantikan cemburu, dengki sifat rendah hati, kesopanan perihal, hadir perlindungan, naungan menghafal hak, kebenaran greed letter speech, talk to gab, to speak movement sanctuary account beauty jealous modesty presence, appearance protection to memorize right, truth قح

Kembali ke atas