Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ti] | هاتي

Definisi : 1 organ berwarna perang ke­merah-merahan di dlm tubuh yg menge­luarkan hempedu dan membersih­kan darah: ~ kambing; ~ lembu. 2 tempat melahirkan segala perasaan; batin: Mereka ketawa kerana suka ~. Rupanya buruk tetapi ~nya baik. 3 bahagian tengah pd sesuatu: ~ kayu; ~ nanas. ~ budi keperibadian seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya. ~ kecil pe­rasaan yg terkandung dlm batin (hati). berhati mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. ~ batu a. bersifat degil. b. tidak mempunyai belas kasihan. ~ berlian (emas) bersifat sangat baik hati, suka menolong dan membuat kebajikan. ~ binatang bersifat bengis. ~ perut mempunyai perasaan yg halus; bertimbang rasa. ~ pilu bersedih. ~ waja tidak mudah kecewa. ~ walang tidak sedap hati; khuatir; bimbang. sehati sepakat; seia sekata; bersatu hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. berhati-hati berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. memperhatikan 1 me­mandang atau melihat dgn cermat; mengamat-amati: Segala gerak-geri dan tingkah lakunya diperhatikan oleh gurunya. 2 mengambil peduli; mempedulikan; mengendahkan: Dia tidak sedikit pun ~ nasihat ibu bapanya. perhatian keingin­an atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. pemerhatian perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. pemerhati 1 orang yg memberikan perhatian. 2 orang yg menghadiri (menyertai) sesuatu persidangan, seminar dll tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti] | هاتي

Definisi : ; hati-hati nama sj pokok renek yg daunnya dijadikan ubat sakit perut, Coleus amboinicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(845)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(224)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vignettevignet; set reka bentukKesusasteraanTiada2. Sketsa, esei atau naratif ringkas yang terbentuk dari komposisi yang teliti, padat, tepat dan hati-hati.,3. Cerpen yang panjangnya kurang daripada 500 perkataan.
impulsededenyut; impuls; gerak hatiKesusasteraanTiada2. Gerak hati: Rangsangan atau gerak hati yang timbul dengan tiba-tiba untuk melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
hepatic edemaedema hatiPerubatanTiadaEdema akibat kelemahan fungsi hati. Keadaan ini biasanya diakibatkan oleh kekurangan sintesis albumin oleh hati, yang akhirnya mengurangkan tekanan osmosis darah yang seterusnya mengakibatkan air terkumpul di dalam tisu.
acute yellow atrophyatrofi kuning akutPerubatanTiadaNekrosis akut sel hati lalu mengakibatkan pengecutan hati, jaundis dan keracunan
heparheparPerubatanTiada1. Kelenjar besar berwarna merah gelap, terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen.,2. Hati sesetengah haiwan yang digunakan di dalam sediaan farmasi,3. Bahan seperti hati atau berwarna seperti hati.
impulsededenyut; impulsPerubatanTiada1. Impuls: Perubahan elektrokimia di sepanjang membran sel saraf.,2. Gerak hati: Rangsangan atau gerak hati yang timbul dengan tiba-tiba untuk melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
good faithsuci hatiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPrinsip yang berdasarkan kepada keadilan alami dan digunakan dalam semua sistem perundangan. Suci hati ialah salah satu prinsip am undang-undang yang merupakan satu sumber undang-undang antarabangsa. Contohnya, sesebuah negara hendaklah melaksanakan triti yang disertainya dengan suci hati.
die-hardhati batuSejarahTiadaOrang yang bersifat keras hati dan degil biasanya ahli poliitik yang menentang dasar baru di samping berjuang untuk mempertahankan dasar lama.
disaffection (political)tawar hati (politik)SejarahTiadaPerasaan tidak puas hati yang disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil.
disenchantment (political)tawar hati (politik)SejarahTiadaPerasaan tidak puas hati yang disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil.
12345678910...

Kembali ke atas