Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan dua perkataan ini (atau tidak ada perbezaan): 1) hati nurani 2) sanubari . Bagaimana menggunakan dua perkataan ini? Bolehkah tuan/puan menunjukkan 4 contoh ayat bagi “ hati nurani” dan 4 contoh ayat bagi “ sanubari? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Perdana, kata “sanubari” bermaksud:

1. pusat segala perasaan; hati

    Contoh ayat: “Jauh dalam sanubari Bahar, tertancap kekaguman yang amat besar kepada basir yang sangat elok peribadinya”.


2. perasaan dalam hati atau batin

    Contoh ayat: “Tidak ada cara yang tertentu untuk menyelami isi sajak yang lahir daripada sanubari penyairnya”.

 

Kata “Nurani” pula membawa maksud perasaan dalam diri seseorang atau berkaitan dengan cahaya. Contoh ayat: “Persembahan M Nasir cukup memukau nurani penonton”.

Untuk keterangan selanjutnya, sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Makna11.09.2023
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai  1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan.

Tatabahasa13.12.2010
maksud untuk perkataan dibawah :- 1)sanubariSanubari bermaksud hati, jantung hati dan perasaan dlm hati atau batin.Makna04.09.2007
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIHCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIKCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIHCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMA KASIKCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMA KASIKCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMA KASIK?Cermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Lain-lain28.10.2015
1. Yang mana betul? a) di hati atau dalam hati atau di dalam hati b) pertandingan menyanyi atau pertandingan nyanyi atau pertandingan nyanyian. c) pertandingan bercerita atau pertandingan cerita d) pertandingan perbahasan atau pertandingan bahas 2. Perasaan bimbang _________ emak kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam. Apakah jawapan yang sesuai untuk diisikan ke dalam tempat kosong di atas?

1. Yang betul ialah a)  dalam hati  b) Pertandingan Nyanyian c) Pertandingan Bercerita  d) Pertandingan Bahas

2. Ayat tersebut tidak jelas, sepatutnya ayat tersebut adalah seperti berikut: Emak berasa bimbang kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam.

Tatabahasa09.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas