Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya Hanan Dalor sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar saya ingin bertanya DBP apakah makna perkataan 'Ikhlas' terima kasih atas jawapannyaIkhlas berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud:  (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini.Makna29.09.2014
apakah yang dimaksudkan dengan berkerjasama,berdikari gigih,tekun,amanah,bijaksana dan ikhlasBekerjasama ialah bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dengancara saling membantu, bergotong-royong. Berdikari ialah tidak mengharapkan orang lain untuk menolong. Gigih ialah keras hati, tegar hati, patuh kepada pendirian sendiri. Tekun ialah rajin dan usaha, bersungguh-sungguh. Amanaha ialah kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Bijaksana ialah berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati. Ikhlas ialah hati suci, tidak menipu dan tidak berpura-pura.Makna16.03.2008
Selamat petang. Adakah 'The Colour of Innocence' (tajuk sebuah buku) sesuai diterjemahkan kepada 'Warna Sebuah Hati yang Suci Murni'? Terima kasih.Terjemahan tersebut betul dan diterima.Penyemakan dan penterjemahan03.11.2018

Kembali ke atas