Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ti.ha.ti] | هاتي٢

Definisi : nama sj pokok renek yg daunnya dijadikan ubat sakit perut, Coleus amboinicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti.ha.ti] | هاتي٢

Definisi : cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hati-hati

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(845)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(224)


Pantun

PantunSumberTema
Jika berdayung tidak kuat, Hati-hati menempuh ombak; Jika kampung tidak beradat, Budi mati musuh pun banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila meniup abu di dapur, Hati-hati terkena mata; Apabila hidup tahu bersyukur, Berbagai rezeki hatinya rela.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Api-api namanya kayu, Tumbuh rapat di tepi pantai; Hati-hati jika merayu, Salah alamat mati kubantai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila terpijak ke onak duri, Kaki berdarah rasanya pedih; Bila kusemak kehendak hati, Hati merana menahan pedih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rebab berbunyi dayu-mendayu, Siapa mendengar pilulah hati; Sedaplah hati hamba menunggu, Dinda kudengar mahu berjanji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Padi pulut padi Melaka, Belum direndang bertih dahulu; Hati perut hati celaka, Belum dipandang dah kasih dulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan berjalan kaki, Jika penat naik kereta; Jangan sekali menurutkan hati, Seumur hati duduk bercinta.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Jangan dilurut padi muda, Padi muda dibawa ke barat; Jangan diturut hati muda, Hati muda membawa larat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12345678910...

Kembali ke atas