Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hat.ta] | حتى

Definisi : = ~ maka sl lalu, maka, kemudian dr itu, sampai (hingga): ~ beberapa lamanya ba­ginda pun berangkatlah pulang; berdiri teguh di belakang kerajaan kerana memper­tahankan negara ~ utk memikul senjata; memasuki rumah orang lain, sama ada rumah kawan atau rumah saudara ~ rumah ibu bapa sendiri, hendaklah mendapat ke­izin­an terlebih dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hat.ta] | حتى

Definisi : = ~ maka sesudah itu; selepas itu; kemudian dr itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hatta (kata tugas)
Bersinonim dengan maka, lalu, kemudian, justeru itu, seterusnya, selanjutnya.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Hatta numbernombor HattaKejuruteraanKejuruteraan KimiaNombor tak bermatra yang menandakan kesan tindak balas kimia ke atas proses resapan relatif kepada proses pemindahan jisim tanpa tindak balas kimia. Bagi tindak balas kimia tertib pertama, nombor Hatta ditakrifkan sebagai (rujuk m/s 228) dengan Ha = nombor Hatta, d = ketebalan saput, k1 = pemalar tindak balas tertib pertama, DAB = pekali resapan.
futurismfuturismeKesenianDrama dan TeaterGaya pengolahan drama yang pengisahannya dengan membuat sesuatu ramalan tentang keadaan masa hadapan. Contohnya, drama Mayatkarya Hatta Azad Khan.
chirographic distancingpenjarak tulisKesusasteraanTiadaTanda-tanda yang digunakan oleh penyalin untuk memisahkan suatu perenggan dengan perenggan yang lain dan selalu ditunjukkan dengan perkataan khusus seperti Hatta, Al-kisah, Maka dan kata Shaibul Hikayat yang biasanya berwarna merah.
symbolic dramadrama simbolikKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengungkapkan makna melalui penampilan perasaan, tanggapan dan saranan. Drama simbolik tidak sama dengan drama realistik walaupun drama realistik kadangkala menggunakan elemen simbolik. Contohnya, drama Kerusikarya Hatta Azad Khan.
theatre of the absurdteater absurdKesusasteraanTiadaTeater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir oleh Yusuf Idris. Lihat juga absurd.

Kembali ke atas