Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hawa (kata nama)
Bersinonim dengan iklim, cuaca, udara, suhu;,
Kata Terbitan : berhawa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Hawa dingin masih lagi terasa 2. Hawa dingin masih terasa lagi. yang mana satukah ayat yang betul?Frasa yang betul ialah "Hawa dingin masih lagi terasa". Tatabahasa31.10.2022
Adakah tanda baca bagi ayat di bawah betul? 1. Apabila Hawa melahirkan Kain, dia mengisytiharkan, "Aku telah memperolehnya!" 2. Dan dia berkata, "Aku tidak tahu. Apakah aku penjaga adikku?" (Kej. 4:9). Sekian, terima kasih.Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman saudara, ayat pertama yang dikemukakan oleh saudara boleh digunakan. ayat kedua pula, sebaiknya -" Aku tidak tahu apakah aku penjaga adikku?". Terima kasih.Lain-lain08.12.2006
1. dua kali seminggu / seminggu dua kali 2. pendingin udara /pendingin hawaJawapan yang betul ialah 1. kedua-dua ayat tersebut betul, 2. pendingin hawa atau istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara.Lain-lain03.04.2010
1. mutiara kata atau kata mutiara kata 2. pendingin hawa atau penghawa dingin 3. uji pandu atau pandu uji

1. mutiara kata

2. Istilah yang betul ialah penyaman udara bukan pendingin hawa.

3. pandu uji 

Istilah12.05.2011
Sila nyatakan manakah yang betul 1.Antara 'belas kasihan' dengan' kasihan belas' 2.Antara 'pendingin hawa' atau 'penyaman udara'1. Belas kasihan
2. Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.
Istilah08.01.2013
salam hormat, saudara, yang manakah yang betul: 1. Pendingin hawa / Penghawa dingin 2. kata alu-aluan / kata-kata aluan 3. Awan yang gelap itu (mengandung air / mengandungi air)

Istilah/frasa yang betul ialah:

1. penyaman udara

2. kata alu-aluan

3. awan yang gelap itu mengandungi air

Istilah10.03.2009
1. Ali meminta maaf ( daripada , kepada ) cikgu . 2. John berasal ( dari , daripada ) keluarga yang bahagia . 3. pendingin hawa @ penghawa dingin ? TQJawapan yang betul ialah 1. Ali meminta maaf daripada cikgu. 2. John berasal daripada keluarga yang bahagia . 3. pendingin hawa atau penyaman udara.Lain-lain22.07.2010
Manakah yang betul? 1. Penghawa dingin, Pendingin Hawa atau Penyaman Udara? 2. Majlis Perasmian Penutupan Syarahan atau Majlis Penutupan Syarahan?Jawapannya ialah penyaman udara dan Majlis Penutupan Syarahan.Makna21.04.2007
Salam tuan, Saya kemukakan beberapa rangkaim kata seperti berikut: guna pakai terima pakai pendingin hawa penghawa dingin Soalan saya: 1. yang manakah yang tepat bagi rangkai kata yang berkenaan 2. Adakah apa-apa formula yang memudahkan pelajar bagi menjawab masalah yang timbul seperti maklumat di atas

Encik Mahayuddin,

Rangkai kata yang tepat ialah guna pakai, terima pakai dan pendingin hawa. Memang setakat ini tidak ada formula yang digunakan walau bagaimanapun kita mesti memahami hukum DM - diterang yang menerangkan dan sedikit ilmu terjemahan.

Tatabahasa05.10.2010
Adakah betul perkataan ini. 1. penghawa dingin 2. kata mutiara 3. sos cili Terima kasihIstilah yang betul ialah: 1. penyaman udara/pendingin hawa; 2. mutiara kata; dan 3.sos ciliIstilah19.08.2011
12

Kembali ke atas