Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.wiah] | هاوية

Definisi : Ar salah satu nama neraka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hawiah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanyakan penggunaan huruf kecil atau besar. Bagi ejaan seperti Syurga Firdaus, Neraka al-Huthomah dan seumpamanya, adakah 'syurga' dan 'neraka' itu perlu dieja dengan huruf kecil? Bukankah ia perlu menggunakan huruf besar kerana dianggap sebagai satu frasa? Sekian, terima kasih.Kata umum seperti 'syurga' dan 'neraka' perlu dieja dengan huruf kecil. Hanya nama-nama syurga dan neraka yang perlu dieja dengan huruf besar, misalnya Firdaus dan Naim, nama neraka seperti Jahanam dan Hawiah.Ejaan14.04.2021
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, mengapakah kebanyakan istilah Arab dalam PRPM dieja dengan huruf kecil? Misalnya, firdaus (nama syurga), iblis (bapa kepada bangsa jin sepertimana Adam sebagai bapa kepada bangsa manusia), firaun (raja Mesir zaman dahulukala), lailatulqadar (peristiwa penting dalam agama, sama konsepnya seperti Hari Easter, Halloween dan sebagainya) dan banyak lagi. Bagaimanakah penentuan tanda baca huruf besar dan kecil ini ditentukan? Sekian, terima kasih.

Untuk makluman pihak puan, ejaan perkataan dalam PRPM berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat. Semasa penyusunan Kamus Dewan Edisi Keempat dahulu, penentuan ejaan sama ada berhuruf besar atau berhuruf kecil tidak jelas kerana penyusun memasukkan sesuatu kata berdasarkan keputusan atau panduan yang dikeluarkan pada waktu itu.

 

Namun, semasa penyusunan Kamus Dewan Perdana (KDP), pengejaan entri dibuat berdasarkan segala keputusan, panduan dan perbincangan yang diputuskan oleh beberapa pihak tertentu, termasuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Jawatankuasa Editorial, pertanyaan terus kepada pihak tertentu yang berkaitan dan sebagainya. Pada masa ini, keputusan untuk mengejakan sesuatu kata nama khas itu adalah lebih jelas dan dapat diandalkan.

 

Sistem penyusunan KDP merumuskan penentuan bagi kata nama khas  ialah nama yang menunjukkan tempat, peristiwa, nama orang dan lain-lain yang khusus. Sebanyak lebih kurang 30 kategori dimasukkan sebagai entri dan dieja dengan huruf besar. Antaranya ialah nama negara, negeri, perayaan, fahaman, gelaran, hari, bulan, tahun , zodiak, planet, lautan, benua dan lain-lain. Contoh perkataan nama khas yang dieja dengan huruf besar ialah Pahang, Lautan Atlantik, negara Afrika, garisan Sartan, bangsa Melayu dan sebagainya.

 

Nama-nama syurga dieja dengan huruf besar, misalnya Firdaus dan Naim, nama neraka seperti Jahanam dan Hawiah, nama malaikat seperti Jibrail dan Mikail dan lain-lain lagi.

 

Kata nama yang dianggap kata umum ditulis menggunakan huruf kecil.

 

Dengan penjelasan ini diharapkan dapat membantu puan dalam pengejaan sesuatu kata.

Ejaan07.12.2020

Kembali ke atas