Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hayat
Kata Terbitan : menghayati, penghayatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Sebagai warga pendidik, saya ingin mendapat kepastian dari segi aspek kesalahan bahasa. Tolong periksa kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut:~ i). Jangka hayat dan soal kematian di tangan tuhan Yang manakah lebih tepat:~ i). Jangka hayat dan soal kematian pada tangan tuhan atau ii). Jangka hayat dan soal kematian di tangan tuhan Perjelasan: di - kt sendi nama untuk tempat Adakah kt sendi nama ' Di" boleh digunakan untuk anggota badan. Terima kasih

Ayat yang betul ialah “Usia dan soal kematian terletak pada tangan Tuhan”. Penggunaan kata sendi nama “pada” dalam ayat tersebut betul kerana berfungsi untuk menunjukkan "keterangan tempat". Manakala penggunaan kata sendi nama “di” tidak betul kerana kata sendi nama tersebut berfungsi untuk "menunjukkan tempat". Contohnya, “Ibunya bekerja di kantin sekolah itu”.

Tatabahasa02.03.2022

Kembali ke atas