Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ya.ti] | حياتي

Definisi : Ar mengenai hayat (hidup). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hayati


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'hayati erti hijrah dengan penuh keimanan&ketaqwaan' atau 'hayati semangat hijrah dengan penuh keimanan& ketaqwaan' ayat manakah yang lebih gramatis?Kedua-dua ayat tersebut membawa makna yang berbeza. Erti hijrah ingin mengungkap makna, maksud, takrif hijrah itu manakala semangat hijrah pula ialah kemahuan untuk melakukan sesuatu atau perasaan hati terhadap erti hijrah tersebut. Maka, untuk memilih ayat yang lebih gramatis tidak adil kerana kedua-duanya memberi makna yang berbeza. Sekian.Lain-lain12.01.2007
Tuan, saya Noor Hayati Talib Setiausaha majalah sekolah dari KTE Sultan Sallehuddin. Saya ingin bertanyakan tentang pertandingan majalah sekolah sama ada masih diteruskan atau tidak. Semoga tuan dapat memberikan pencerahan akan hal ini. sekian terima kasih.Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya pertanyaan saudara melalui portal Khidmat Nasihat DBP pada 22 Februari 2023 dirujuk.

Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melaksanakan pelbagai program penggalakan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam negara.  Antaranya termasuklah Hadiah Suar Bahasa dan Anugerah Citra Majalah yang pernah dilaksanakan oleh DBP Wilayah Utara. 

Walau bagaimanapun pada tahun ini tiada perancangan untuk melaksanakan pertandingan tersebut. Saudara boleh mendapatkan maklumat pertandingan-pertandingan lain yang dilaksanakan oleh DBP melalui media sosial rasmi DBP (Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok DBPMalaysia) dari semasa ke semasa. 

Sekian, terima kasih.
Pengembangan22.02.2023
dalam format surat rasmi, pangkat AAP adakah perlu di Italic(mengiring)? CONTOH: NUR HAYATI BINTI MOHD AZHAN.,AAPTidak perlu diitalikkan ejaan pingat, contohnya Puan Norhayati binti Mohamad, AMN.Ejaan07.09.2012
Hardian Nugraha Saya hendak bertanya? Sejak kapan bahasa malaysia dijadikan sebagai bahasa nasional , ti mungkin tidak ya dulu isi sumpah pemuda (sebelum indonesia merdeka) malaysia masuk wilayah indonesia Ety Nur HayatiPerkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.Lain-lain09.09.2015
SALAM ILMU SUKA SAYA NYATAKAN BAHAWA SAYA BERMINAT UNTUK MENGADAPTASI BEBERAPA NOVEL & CERPEN PILIHAN SASTERA MELAYU KITA KE DRAMA ATAU TELEMOVIE ATAU FILEM UNTUK FESTIVAL MAHUPUN TV. DI SINI, SAYA INGIN SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI CERPEN / NOVEL YANG PERNAH SAYA BACA DAN HAYATI DAHULU ANTARANTA : DAERAH ZENI, HARI KEMERDEKAAN... SEKIAN TERIMA KASIH KRISHNA SUPERAMANIAM 012-3584176Bagi mendapatkan teks novel Daerah Zeni  (karya SN A Samad Said) dan Hari Kemerdekaan (karya ?) sdr. bolehlah merujuk  ke Perpustakaan DBP atau lebih dikenali Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau merujuk di semua perpustakaan IPTA seluruh negara atau membeli naskhah tersebut di Kedai Koperasi DBP, Kuala Lumpur.Lain-lain09.02.2009
Soalan ini telahpun diajukan dan jawapan yang diberikan ialah Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Terima kasih Tetapi bagi saya soalan itu tidak dijawap secara tepat. Apabila ditanya KAPAN BAHASA MALAYSIA DIJADIKAN BAHASA NASIONAL maka perlu dijawab dengan memberitahu tahun dan kemudian barulah dinyatakan dimasukkan dalam perlembagaan. Jadi mohon jasa baik pihak yang menjawab soalan peka dengan soalan yang ajukan. SEKALI LAGI SOALAN YANG DIAJUKAN. Hardian Nugraha Saya hendak bertanya? Sejak kapan bahasa malaysia dijadikan sebagai bahasa nasional , ti mungkin tidak ya dulu isi sumpah pemuda (sebelum indonesia merdeka) malaysia masuk wilayah indonesia Ety Nur HayatiPada tahun 1956, Suruhanjaya Reid yang bertanggungjawab untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memperakukan Perkara 152, iaitu bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Hal ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Kedudukannya terus kukuh apabila Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia terus terpelihara hingga kini.Lain-lain09.09.2015

Kembali ke atas