Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.bah] | هيبه

Definisi : (hébah) Ar berita, pengumuman, siaran; menghebahkan 1. menyiarkan, memberi­tahu­kan kpd orang ramai (melalui akhbar, televisyen, dll): pemimpin-pemimpin negara ~ rancangan pembangunan luar bandar kpd tamu-tamu luar negeri; 2. menyebarkan, meng­umumkan, mendiayahkan (agama, fa­ham­an politik, dll): Nabi Muhammad SAW ialah orang yg mula-mula ~ ajaran Islam; terhebah dihebahkan, dimaklumkan: kegiat­an lain pula tidak begitu ~ kpd umum; hebahan sesuatu yg dihebahkan; penghebahan perbuatan atau hal meng­hebah­kan, penyiaran, penyebaran, peng­umum­an: ~ berita itu dibuat melalui RTM; penghebah 1. orang yg menghebahkan (me­­­nyiar­kan), penyiar; 2. orang yg meng­hebahkan (menyebarkan, mengumumkan, men­­diayahkan), penyebar, pendiayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.bah] | هيبه

Definisi : /hébah/; menghebahkan 1 memberitahukan (berita dsb) kpd orang ramai melalui radio, akhbar dll: menyiarkan; mengumumkan: Juruhebah telah ~ berita itu di radio. Orang ramai bertepuk tangan apabila keputusan lompat jauh dihebahkan. 2 menyebarkan atau mengembangkan (agama, fahaman dll): Orang yg mula-mula ~ ajaran Islam di Nusantara tidak diketahui dgn pasti. penghebahan perbuatan atau hal menghebahkan; pengumuman; penyiaran: ~ berita itu dibuat melalui RTM. ~ agama itu telah dilakukan oleh para mubaligh. penghebah orang yg menghebahkan (berita, sesuatu ajaran dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hebah
Kata Terbitan : menghebahkan, penghebahan, penghebah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
موهوبharta hebahAgama IslamFiqhHarta yang diberikan kepada seseorang secara percuma.
master announceinduk hebahKejuruteraanTiadaTiada
موهوب عليهpenerima hebahAgama IslamFiqhPenerima harta yang diberi secara percuma.
الواهبpemberi harta hebahAgama IslamFiqhPemberi harta secara percuma.
dead boothbarung kalis bunyi; bilik hebahKejuruteraanTiadaTiada

Kembali ke atas