Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.bat] | هيبت

Definisi : (hébat) 1. teramat sangat atau luar biasa (gagah, dahsyat, kuat, elok, bagus, ramai, dll): pertengkaran ~ berbangkit dlm biliknya; sungguh ~ bunyi letupan malam tadi; 2. sl takut, segan: maka orang Pahang pun ~ rasanya melihat betul Hang Nadim me­marah itu; hebat-hebatan secara besar-besaran: puak pembangkang hendak melancarkan tunjuk perasaan secara ~; menghebat menjadi hebat, bertambah hebat: perompakan bank tahun ini ~ di Kuala Lumpur; menghebatkan 1. menjadikan hebat (banyak, besar, dll); 2. sl menakutkan: apakah yg ditakutkan dan dihebatkan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.bat] | هيبت

Definisi : /hébat/ amat dahsyat dan me­ngerikan (bkn pergaduhan dll); amat kuat (bkn bunyi); terlalu gagah atau elok (bkn rupa dll): Selepas berjuang dgn ~nya, maka Hang Jebat pun mati ditikam oleh Hang Tuah. Sungguh ~ bunyi letupan itu. menghebat menjadi hebat; bertambah hebat: Kejadian pecah rumah mula ~ di kawasan itu. menghebatkan menjadikan hebat (kuat, besar dll): Pekerja-pekerja telah ~ usaha mereka utk menyiapkan projek yg besar itu. memperhebat menjadikan lebih hebat: Polis sedang ~ kegiatan mencari perompak-perompak itu. kehebatan hal atau keadaan hebat; kedahsyatan: ~ rupa dan gayanya tidak dpt dibayangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hebat (adjektif)
1. Bersinonim dengan unggul: agung, handal, ternama, terkenal, termasyhur, terbilang, gah,

2. Rujuk hangat 3

Kata Terbitan : menghebat, menghebatkan, memperhebat, hebat-hebatan, kehebatan,

Puisi
 

Teluk Emas Tanjung Ketapang,
     Tempat Uda mengail tenggiri;
Bersalut emas hebat dipandang,
     Sayang bahasa ke mana pergi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rupa harimau hati tikus.

Bermaksud :

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pageantpageanKesusasteraanTiadaPerarakan yang hebat, pameran atau suatu siri tablo yang terdapat dalam drama pendek untuk memperingati peristiwa sejarah yang penting. Penumpuannya adalah kepada kostum yang mewah serta hebat dan biasanya tanpa dialog. Pada asalnya, pagean merujuk kepada pentas bergerak yang digunakan sebagai tempat untuk melakonkan drama mukjizat di Eropah pada abad pertengahan. Lihat juga tablo.
grand styleadigayaKesusasteraanTiadaGaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola.
grand styleadigayaKesusasteraanTiadaGaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola.
halo effectkesan haloPsikologiPsikologi UmumKecenderungan individu untuk membuat kesimpulan menyeluruh terhadap seseorang berdasarkan penampilan yang dilihat pada kali pertama. Keadaan ini menyebabkan ramai individu yang kelihatan hebat semasa pertemuan kali pertamanya memperoleh keuntungan. Contohnya, individu yang hebat daripada aspek fizikal atau pakaiannya semasa pertemuan awal akan dianggap mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, cerdas atau sihat mentalnya. Oleh itu, jika individu ingin berjaya dalam sesuatu temu duga pekerjaan, maka pakaian dan tingkah laku memainkan peranan yang besar dalam menentukan kejayaan dalam temu duga tersebut.
spectacular advertisingpengiklanan hebatEkonomiTiadaTiada
typhoontaufanSainsHidrometeorologiSiklon tropika hebat di Pasifik Barat.
hemiballismhemibalismePerubatanTiadaGerakan motor yang hebat, biasanya pada satu lengan dan melibatkan otot-otot proksimal.
hemiballismushemibalismusPerubatanTiadaGerakan motor yang hebat, biasanya pada satu lengan dan melibatkan otot-otot proksimal.
typhoontaufanMeteorologiMeteorologi PerhubunganSiklon tropika hebat di Pasifik Barat.
explosionletupanKimiaTiada1. Peningkatan tekanan yang hebat dan cepat dalam ruang tertutup. 2. Keadaan yang berlaku akibat pembebasan tenaga dalaman secara tindak balas nuklear yang tak terkawal.
123456

Kembali ke atas