Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.lium] | هيليوم

Definisi : (hélium) (Kim) gas lengai yg sangat ringan, tidak mudah terbakar, tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan utk mengisi belon dan kapal udara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.lium] | هيليوم

Definisi : /hélium/ gas lengai yg ringan dan tidak berbau atau tidak berwarna (digunakan dlm belon dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata helium


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam. Maaf, saya ingin komen tentang info unsur kimia pada ketumpatan dalam Kamus Dewan Perdana. Rasanya semua salah unsur kimia mengenai ketumpatan, contohnya Litium ketumpatannya 0.53 kg/m3, sepatutnya 0.53 g/cm3 atau 530 kg/m3.Terima kasih atas maklumat yang diberikan.

Maklumat tentang ketumpatan unsur kimia ialah salah satu maklumat tambahan yang dimasukkan ke dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020). Usaha ini merupakan langkah awal pemasukan maklumat sains ke dalam penyusunan entri bagi kamus umum terbitan DBP.

Selepas disemak, tidak semua ketumpatan unsur kimia itu salah, misalnya hidrogen dan helium (dalam kg/m3).

Pihak kami akan membetulkan ralat bagi ketumpatan unsur kimia yang terkhilaf (dalam bacaannya kg/m3) dalam penerbitan KDP edisi seterusnya.

Keprihatinan tuan adalah sangat kami hargai.
Lain-lain24.07.2021

Kembali ke atas