Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hem.bu.san] | همبوسن

Definisi : 1. aliran angin (udara yg dihem­buskan), tiupan: sekali-sekali desa itu dilalui oleh ~ angin sesat; 2. alat utk menghembus api, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hembus
Kata Terbitan : berhembus, menghembus, menghembuskan, hembusan, penghembus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bunyi hembusan seruling itu menarik sekali. tuan..adakah kesalahan dalam ayat ini? tqAyat yang betul ialah 'Bunyi tiupan seruling itu menarik sekali.' atau 'Bunyi seruling itu menarik sekali.'Tatabahasa18.09.2011
Diftong ialah gabungan dua vokal ai,oi,au dalam satu hembusan nafas dan dalam satu suku kata yang sama. Saya ingin mengenalpastikan sama ada Gua,tua,peria adalah diftong atau vokal berganding? Sebab ada maklumat yang telah dicari menyatakan gua,tua,dan peria adalah diftong,dan ada yang menyatakan ia adalah vokal berganding. Terima kasih atas perkhidmatan yang diberi.Melalui semakan kami terhadap data yang ada, hanya vokal ai, au, dan oi dikenali sebagai diftong. Vokal yang selain daripadanya dikenali sebagai vokal berganding.Tatabahasa18.01.2014
Bagaimana hendak membezakan kata nama berbilang dan tidak berbilang? Adakah kata nama berbilang "countable noun" dalam bahasa Inggeris? Terjemahan bagi itu kata nama berbilang atau hitung?Kata nama berbilang ialah kata nama yang sifatnya boleh dibilang. Contohnya satu atau tiap-tiap senyuman, hembusan, bayangan, pendapat, rancangan dan gangguan. Semua kategori kata nama berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang ". 

Manakala kata nama tak berbilang ialah kata nama yang tidak dapat dibilang, contohnya angin, hawa, iklim, kecantikan, keadilan, kesungguhan, keseronokan, keriangan, angkasa dan semangat. Semua kategori kata nama tak berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang ".
Countable noun ialah kata nama hitung /berbilang.
Tatabahasa02.11.2014

Kembali ke atas