Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.mo.glo.bin] | هيموݢلوبين

Definisi : (hémoglobin) (Bio) sj protein yg mengandungi zat besi, terdapat dlm sel darah merah vertebrat, dan berfungsi mem­bawa oksigen dr paru-paru ke tisu badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.mo.glo.bin] | هيموݢلوبين

Definisi : /hémoglobin/ ist molekul sel darah merah yg mengandungi zat besi dan membawa oksigen ke seluruh badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hemoglobin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deoxygenated hemoglobinhemoglobin nyahoksigenPerubatanTiadaHemoglobin yang tidak bergabung dengan oksigen.
hemoglobinhemoglobinGerontologiTiadaBahan yang terdiri daripada pigmen hem dan protein globin dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen.
hemoglobinhemoglobinKimiaBiokimiaProtein di dalam darah yang terdiri daripada empat rantai polipeptida (dua rantai a dan dua rantai b ) yang setiap satunya melingkari kumpulan hem. Protein ini berfungsi sebagai pengangkut oksigen.
hemoglobinhemoglobinPerubatanTiadaProtein pengangkut oksigen yang terdapat di dalam sel darah merah. Bahan ini terdiri daripada empat globin dan empat kumpulan hem.
deoxygenated hemoglobinhemoglobin nyahoksigenVeterinarTiadaTiada
haemoglobinhemoglobinKimiaTiadaPigmen respirasi sel darah merah yang terdiri daripada protein dengan empat rantai polipeptida yang terikat pada empat molekul hem. Setiap molekul hemoglobin, singkatannya Hb, dapat bergabung dengan satu molekul oksigen untuk membentuk oksihemoglobin, HbO2. Hem mengandungi ferum dalam keadaan terturun untuk membolehkan hemoglobin bergabung dengan oksigen. Hemoglobin memindahkan oksigen dari paru-paru ke tisu dan memindahkan karbon dioksida dari tisu ke paru-paru.
carboxyhemoglobinkarboksihemoglobinSains ForensikTiadaTerbitan hemoglobin yang terbentuk daripada gabungan hemoglobin dengan karbon monoksida. Penggabungan karbon monoksida ini adalah kuat dan menghalang hemoglobin daripada mengangkut oksigen yang boleh mengakibatkan keracunan karbon monoksida atau karboksihemoglobinemia. Ahli forensik serologi lazimnya mengukur kandungan karboksihemoglobin dalam sampel darah mangsa yang disyaki mengalami keracunan karbon monoksida dengan menggunakan kaedah spektrofotometer.
oxyhemoglobinoksihemoglobinPerubatanTiadaHemoglobin yang mengandungi oksigen terikat, iaitu sebatian yang terbentuk daripada hemoglobin yang terdedah kepada oksigen di alveolus peparu; pengikatan oksigen dengan hemoglobin berlaku melalui pembentukan ikatan tak kovalen antara molekul oksigen dengan ion ferus yang terletak di tengah kumpulan hem.
haemoglobinhemoglobinMakanan dan PemakananPemakananProtein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah, mengikat dan mengangkut oksigen dalam aliran darah ke semua sel. Hemoglobin terdiri daripada empat kumpulan hem dan empat rantai globin polipeptida. Hemoglobin menyumbangkan warna merah kepada darah dan mengandungi 80% daripada jumlah zat besi dalam tubuh.
oxyhaemoglobinoksihemoglobinBiologiFisiologiHemoglobin yang mempunyai oksigen terikat; suatu sebatian yang terbentuk daripada hemoglobin apabila didedahkan kepada persekitaran berudara.
12345678910...

Kembali ke atas