Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hem.pe.du] | همڤدو

Definisi : 1. bendalir berwarna kuning atau kehijau-hijauan yg dirembes oleh hati ke dlm usus utk membantu penghadaman lemak; 2. perkataan atau ucapan yg pedas (menyakit­kan hati dsb): perempuan itu memuntahkan ~ terhadap Herman; bagai ~ lekat di hati prb perhubungan yg erat, tidak dapat di­ceraikan (bkn persahabatan, perkahwinan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hem.pe.du] | همڤدو

Definisi : cecair bersifat alkali yg berwarna kuning kehijau-hijauan atau kuning kecoklat-coklatan dan pahit rasanya yg dirembes oleh hati utk menolong menghancurkan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hempedu

Puisi
 

Sayang sirih dari seberang,
     Pokok mengkudu dahannya tinggi;
Seorang kasih seorang sayang,
     Bagai hempedu lekat di hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bilehempeduPerubatanTiadaCecair berwarna hijau yang terasa pahit, yang dirembeskan oleh hati, dan disimpan serta dipekatkan di dalam pundi hempedu. Cecair ini mengandungi pigmen dan garam hempedu. Hempedu mengalkalikan kandungan usus dan terlibat dalam pemecahan dan penyerapan lemak.
gallstonebatu hempeduPerubatanTiadaKetulan keras seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu atau duktus hempedu. Ketulan keras ini terhasil dalam keadaan tertentu apabila kolesterol mendap; mendapan batuan hempedu yang kaya dengan kolesterol mungkin terbentuk akibat gangguan kronik metabolisme fosfolipid. Dalam keadaan tertentu, kalsium karbonat mendap di dalam batu ini. Sin: kolelit
cholangitiskolangitisPerubatanTiadaInflamasi duktus hempedu. Keadaan ini lazimnya terjadi apabila saluran hempedu tersumbat sama ada oleh sesuatu bahan, seperti karang hempedu atau fluk hempedu.
bile ductduktus hempeduVeterinarPraklinikalSaluran atau duktus dalam lobul hati yang menerima rembesan hempedu daripada sel hepar. Beberapa duktus daripada lobul berdekatan dalam hati bercantum untuk membentuk duktus hepar. Duktus hepar ini kemudian bercantum lagi dengan duktus hepar yang lain untuk membentuk duktus hepar sepunya. Duktus hepar sepunya kemudiannya bercantum dengan duktus sista daripada kantung hempedu untuk membentuk duktus hempedu. Duktus hempedu ini menyalirkan rembesan hempedu ke dalam usus. Kuda merupakan satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai kantung dan duktus hempedu.
gallstonebatu hempeduGerontologiTiadaKetulan keras seperti batu yang terbentuk dalam pundi hempedu atau duktus hempedu.
gallstonebatu hempeduPerubatanTiadaKetulan keras seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu atau duktus hempedu.
cholelithiasiskolelitiasisPerubatanTiadaKehadiran kalkulus di sistem biliari yang terdiri daripada pundi hempedu, duktus hempedu dan duktus sistik.
obstructive jaundicejaundis sekatanPerubatanTiadaJaundis yang berlaku akibat penyekatan duktus hempedu oleh sesuatu, misalnya karang hempedu dan kolestasis; dan dengan demikian hempedu tidak dapat dirembeskan ke dalam usus. Seterusnya hempedu yang bertakung itu terserap ke dalam peredaran darah sistemik.
cholaemiakolemiaPerubatanTiadaKehadiran hempedu atau pigmen hempedu dalam darah. Keadaan ini boleh mengakibatkan jaundis.
biliuriabiliuriaPerubatanTiadaKeadaan terdapatnya hempedu atau garam hempedu di dalam urin.
12345678910...

Kembali ke atas