Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/] | هندق

Definisi : 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Hendak dipais ikan todak,
     Hendak diparut bukannya terung;
Hendak ditangis bukannya budak,
     Hendak terbang bukannya burung.


Lihat selanjutnya...(435)
Peribahasa

Diberi sejengkal hendak sehasta,
     diberi sehasta hendak sedepa.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(230)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heroismkewiraan/heroismeKesusasteraanPuisiAliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela.
abort-take-offberlepas batalAeroangkasaTiadaPembatalan sesuatu tindakan, contohnya membatalkan penerbangan yang hendak berlepas.,Sistem sua yang menggunakan alat pandu arah radio yang memberi panduan menegak dan sisi kepada juruterbang ketika hendak mendarat.,Pembatalan sesuatu tindakan, contohnya membatalkan penerbangan yang hendak berlepas.
spreaderpenyebarBiologiPatologiTumbuhan rentan yang ditanam di tepi atau dalam plot tumbuhan yang hendak dijangkiti. Tumbuhan rentan tersebut akan diserang oleh penyakit dengan parahnya dan akan menyebarkan inokulum supaya berlaku jangkitan alamiah pada tumbuhan yang hendak dijangkiti.
ta‘yin bi al-dhikrpenentuan bersebutPerniagaan IslamTiadaPerihal menentukan pembelian atau penjualan sesuatu produk dengan menyatakan kebenaran secara jelas. Contohnya, penjual menyatakan spesifikasi produk yang hendak dijual atau pembeli menyebut sifat produk yang hendak diperoleh, bertujuan untuk mengelakkan ketidakpastian. Lihat juga ta‘yin bi al-wasf.
with no intention to murderdengan tiada niat hendak membunuhUndang-undangTiadaTiada
microsphygmiamikrosfigmiaPerubatanTiadaDenyut yang susah hendak dikesan menggunakan jari.
subtrahendyang ditolakMatematikTiadaKuantiti yang hendak dikurangkan daripada suatu kuantiti lain (iaitu yang di minus) dalam operasi tolak. Misalnya, 2 dalam 17 – 2 = 15.
insomniainsomniaPerubatanTiadaKeadaan tidak dapat atau susah hendak tidur.
workpiecebahan kerjaKesenianTiadaBahan atau benda yang hendak atau sedang dikerjakan.
insomniainsomniaPerubatanTiadaKeadaan tidak dapat atau susah hendak tidur.
12345678910...

Kembali ke atas