Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/.lah] | هندقله

Definisi : mesti, harus, patut, wajib: kalau mahu sihat, ~lah dimakan makanan berzat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hen.da/.lah] | هندقله

Definisi : tidak dpt tidak; mesti; patut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hendaklah

Puisi
 

Hendaklah minum tidak bergula,
     Pahitlah pahit diminum juga;
Sudahlah hati bersama suka,
     Baiklah baik diikut juga.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengais hendaklah berkuku.

Bermaksud :

Mencari penghidupan hendaklah berpengetahuan (modal atau alat).

 

Lihat selanjutnya...(144)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar.
Kurik Kundi Merah SagaHendaklah minum tidak bergula, Pahitlah pahit diminum juga; Sudahlah hati bersama suka, Baiklah baik diikut juga.
Kurik Kundi Merah SagaHendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh minyak menerangkan pelita, Hendaklah jua panjang sumbunya; Sungguhpun banyak sahabatnya kita, Hilang satu pilu rasanya.
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang menebang ara, Hendaklah tebang dengan kapak; Kalau abang hendak berkira, Pergi berjumpa ibu dan bapak.
Kurik Kundi Merah SagaTajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali.
Kurik Kundi Merah SagaRiang-riang di Gunung Ledang, Hendaklah makan si umbut padi; Sialah-sia mata memandang, Belum dapat main tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaOrang bertolak di Tanjung Rhu, Sarat memuat buah perpat; Hendaklah banyak mengadap guru, Supaya terang jalan makrifat.
Kurik Kundi Merah SagaJala rambang berantai timah, Hendak menebar laut Melaka; Mata rambang hendaklah diubah, Jikalau tidak badan binasa.
Kurik Kundi Merah SagaKatang-katang berisi manik, Manik berisi campur padi; Saya datang hendaklah naik, Mana tempat membasuh kaki.
12

Kembali ke atas