Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[he.ning] | هنيڠ

Definisi : 1. tidak keruh, jernih, bening: air yg ~ mengalir dr bukit; 2. sunyi senyap, diam, sepi, lengang: suasana begitu ~, sehingga jarum jatuh pun boleh kedengaran rasanya; mengheningkan 1. menjadikan hening, men­jernihkan: ~ minyak yg kotor; masanya sudah tiba utk ~ suasana yg keruh itu; 2. mendiamkan, menyenyapkan (keriuhan dll): lebih baik diheningkan saja kebisingan itu; 3. berdiam diri mengenangkan sesuatu; ~ cipta bertafakur, bersemadi; keheningan keadaan hening, kejernihan, kesunyian: jeritnya menggegar ~ malam; pengheningan perihal mengheningkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[he.ning] | هنيڠ

Definisi : 1 tidak keruh (bkn air dsb); jernih; bening: Air yg ~ itu mengalir dr bukit. 2 sunyi senyap; sepi; lengang: Suasana pd malam itu begitu ~ dan sungguh tenteram. mengheningkan 1 menjadi­kan hening (tidak keruh); menjernihkan: ~ minyak yg kotor. 2 menjadikan sunyi sepi; menyenyapkan: Dia segera ~ keadaan yg riuh-rendah itu. ~ cipta berdiam diri utk berfikir dll; bertafakur. ke­heningan 1 keadaan hening; kejernihan. 2 keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hening (adjektif)
1. Bersinonim dengan jernih: bening, lut sinar, lut cahaya,
Berantonim dengan keruh

2. Bersinonim dengan sunyi: senyap, lengang, sepi, tenang, damai, aman, tenteram, antap,
Berantonim dengan bising

Kata Terbitan : mengheningkan, keheningan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
HeningVegas, C. MDewan Sastera1 July 1988
Hening MalamMohd. Nor ShoaidDewan Sastra15 July 1972
Lambaian hening KinabaluAbd. Rahman AripinDewan Budaya1 July 1996
Pagi yang HeningZASBAHANA1 June 2008
Berdua dalam HeningTiadaHorison1 July 2006
Malam Yang HeningTinta BiruRemaja15 March 1997
Pertemuan di Taman HeningHelvy Tiana RosaDewan Sastera1 August 2007
Meriam Buluh menggegar Hening MalamShielDewan Budaya1 February 2000
Pembangunan ecotourism: pendekatannya mesti serasi dengan keadaanhutan yang hijau dan heningBadaruddin MohamedDewan Masyarakat1 September 1995

Kembali ke atas