Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.par] | هيڤر

Definisi : (hépar) (Ubat) hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hepar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bile ductduktus hempeduVeterinarPraklinikalSaluran atau duktus dalam lobul hati yang menerima rembesan hempedu daripada sel hepar. Beberapa duktus daripada lobul berdekatan dalam hati bercantum untuk membentuk duktus hepar. Duktus hepar ini kemudian bercantum lagi dengan duktus hepar yang lain untuk membentuk duktus hepar sepunya. Duktus hepar sepunya kemudiannya bercantum dengan duktus sista daripada kantung hempedu untuk membentuk duktus hempedu. Duktus hempedu ini menyalirkan rembesan hempedu ke dalam usus. Kuda merupakan satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai kantung dan duktus hempedu.
heparheparPerubatanTiada1. Kelenjar besar berwarna merah gelap, terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen.,2. Hati sesetengah haiwan yang digunakan di dalam sediaan farmasi,3. Bahan seperti hati atau berwarna seperti hati.
heparheparPerubatanTiadaLihat liver
hepatic extraction rationisbah ekstraksi heparPerubatanTiadaNisbah ubat yang diekstrak oleh hepar daripada darah yang melaluinya. Ia bergantung pada kadar aliran darah melalui hepar dan keupayaan hepar dalam proses metabolisme ubat tersebut. Ubat yang diambil secara oral akan dibawa oleh darah melalui hepar dahulu sebelum sampai ke sirkulasi sistemik. Ubat yang mempunyai nisbah yang tinggi akan sampai ke sirkulasi sistemik dengan pengurangan kepekatan yang ketara. Oleh itu, pemberian ubat tersebut secara oral memerlukan dos yang tinggi.
liver cirrhosissirosis heparPerubatanTiadaPenyakit hepar kronik yang dicirikan oleh pemusnahan sel-sel hati dan digantikan dengan tisu berserat yang abnormal. Akhirnya keadaan ini boleh mengakibatkan kegagalan fungsi hepar.
liver function test (LFT)ujian fungsi hepar (LFT)AIDSTiadaUjian yang mengesan peningkatan enzim hepar tertentu seperti alkalina fosfotase, aspartat aminotransferase dan alanina aminotransferase.
hepatic portal veinpembuluh labuhan heparVeterinarTiadaPembuluh yang mengalirkan darah yang mengandungi bahan yang diserap dalam usus kecil ke bahagian hepar. Bahan yang dibawa termasuklah bahan akhir pencernaan seperti glukosa, asid amino, asid lemak, gliserol, mineral dan vitamin. Bahan akhir pencernaan tersebut akan dimetabolismekan di dalam organ ini, sama ada diubah kepada bahan lain atau dipecahkan untuk keperluan fungsi tubuh seterusnya.
hepatitishepatitisAIDSTiadaRadang hepar yang disebabkan oleh jangkitan atau kesan sampingan ubat. Gejalanya ialah demam, keletihan, loya, jaundis dan pembengkakan hepar.
first-pass effectkesan laluan pertamaPerubatanTiadaKesan berkurangnya biokeperolehan sistemik sesuatu ubat yang diambil secara oral. Kesan ini disebabkan oleh metabolisme di hepar yang berlaku apabila ubat tersebut melalui hepar pada kali pertama. Kesan laluan pertama menjadi ketara bagi ubat yang mempunyai kadar metabolisme hepar yang tinggi. Pemberian secara parenteral atau sublingual dapat memintas kesan laluan pertama. Contoh ubat yang mempunyai kesan laluan pertama ialah Nifedipine dan Propranolol.
first-pass metabolismmetabolisme laluan pertamaPerubatanTiadaMetabolisme ubat yang berlaku di hepar pada kali pertama ubat tersebut melalui organ berkenaan setelah diserap dari salur usus. Ubat yang mengalami kadar metabolisme hepar yang tinggi akan menyebabkan banyak ubat diekstrak dari darah dan seterusnya mengurangkan biokeperolehan ubat tersebut dalam sirkulasi sistemik. Kadar metabolisme laluan pertama bergantung kepada kadar pengaliran darah hepar dan fungsinya. Ia perlu diambil kira dalam menentukan dos sesuatu ubat.
12345678910...

Kembali ke atas