Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[her.ba] | هربا

Definisi : sj tumbuhan kecil yg batangnya (lembut) tidak berkayu, daunnya dapat dibuat makanan, ubat, dan pewangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[her.ba] | هربا

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan yg batangnya rendah dan tidak berteras (ada yg daunnya dibuat ubat atau dimakan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
herba
Rujuk :tumbuh, tumbuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah herba bernama rosemary dikekalkan ejaannya atau diubah kepada 'rosmari' apabila menulis?
Menurut data kami, ejaan yang betul ialah rosemary.
Lain-lain03.10.2018
Saya ingin menanya tentang perkataan "semata-mata". 1. Kedai ini bukan sebuah kedai herba Cina semata-mata. 2. Kedai ini bukan semata-mata kedai herba Cina. - Yang mana betul? - Apakah golongan kata bagi perkataan "semata-mata.""semata-mata" sama makna dengan "hanya". Ayat yang tepat ialah:

Kedai ini bukan semata-mata kedai herba Cina...

semata-mata/hanya - kata tugas
Tatabahasa01.10.2012
Kedai Ubat Cina Hong Keong Akuputur & Herba Hong KeongKedai Ubat Cina Hong Keong Akupunktur dan Herba Hong KeongTatabahasa10.09.2008
Adakah ayat ini betul? Mohon cadangan pihak tuan: 1.Adalah terlalu kompleks untuk mensusuri salasilah ilmu perubatan herba di Nusantara ini yang telah menjangkau puluhan ribu tahun.Ayat yang betul ialah "Adalah terlalu kompleks untuk menelusuri salasilah ilmu perubatan herba di Nusantara ini yang telah menjangkau puluhan ribu tahun"Tatabahasa18.12.2022
Adakah ayat ini betul? 1. Tomato adalah sayur berjenis buah 2. Sawi adalah sayur berjenis sayur. Adakah frasa "sayur berjenis sayur" di atas betul penggunaannya.Untuk makluman tuan, Tomato ialah sejenis tumbuhan (herba yang buahnya boleh di­makan), ranti merah, terung bali, Lycoper­sicum esculentum (Solanum lycopersicum). Tomato juga merupakan tanaman herba tahunan yang berasal dari Amerika Selatan, mempunyai buah yang digunakan sebagai sayuran, daun-daunnya berbentuk pinat dan bunganya berwarna kuning.

Sawi pula ialah sejenis  tumbuhan (herba) yang dibuat sayur, Brassica rugosa.
Tatabahasa12.10.2017
landskap sayur-sayuran (edible)landskap (edibel) Cadangan landskap herba dan sayur-sayuran (Ayat)Lain-lain18.04.2007
Bolehkah 'mood' dalam Bahasa Inggeris digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu? Misalnya, 1. Minuman seperti teh herba boleh membantu kita memelihara mood yang baik. 2. Jangan ganggu ibu. Mood ibu tidak baik hari ini. Sekian, terima kasih.Tidak ada perkataan "mood" dalam bahasa Melayu. "Mood" boleh dirujuk dengan perkataan "angin" atau "suasana".Tatabahasa07.06.2017
Mana yang lebih tepat, isi lembayung atau lembayung isi?Saudara/saudari, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud sejenis tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes. Lembayung juga bermaksud merah, lembayung warna ungu (merah ungu). Dalam konteks ayat di atas isi lembayung adalah lebih sesuai.Makna25.07.2012
Apakah maksud Jalang di dalam penggunaan Bahasa Melayu. Adakah maksudnye lebih dari satu?Jalang bermakna (i) tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap; liar. (ii) tumbuhan (herba), rumput tahi ayam, tahi anjing.Makna09.07.2008
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat berkenaan alihan bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi frasa "American Adder's Tongue", sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai herba dalam merawat luka. Ia merupakan tumbuhan daripada kategori tumbuhan paku (seperti paku-pakis), nama saintifiknya adalah 'Ophioglossum vulgatum' dan ia juga dikenali dengan nama "southern Adder's tongue". Saya tertanya-tanya jika tumbuhan ini mempunyai telah nama spesifiknya dalam Bahasa Melayu. Saya lampirkan bersama gambar bagi memudahkan usaha kalian. Segala kerjasama di pihak kalian amat saya hargai.Nama tumbuhan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Jika nama tersebut hendak digunakan, kami mencadangkan supaya perkataan tersebut ditulis condong (italik).  Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menghubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM untuk rujukan lanjut.     Lain-lain13.03.2018
123

Kembali ke atas