Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.ro] | هيرو

Definisi : (héro) 1. orang yg terkenal atau disegani kerana keberanian (kegagahan, peribadi yg mulia, dll); 2. watak lelaki utama dlm cerita drama, filem, dll: Inu Kertapati menjadi ~ dlm cerita-cerita Panji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.ro] | هيرو

Definisi : /héro/ 1 orang yg dipandang mulia dan dihormati kerana keberanian atau kegagahannya. 2 tokoh lelaki yg memegang peranan utama dlm sesebuah cerita dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hero


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan istilah dalam bahasa melayu yang sesuai bagi menterjemah ayat bahasa inggeris yang menggunakan ayat ini, 'Broken Hero / The Broken Hero'. contoh ayat: "sometimes a villain exists in the world is just a broken hero."

Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "broken hero" ialah wira yang terkecewa.

Makna15.11.2021
Salam, Berdasarkan permeriksaan, perkataan Hero terdapat dalam kamus bahasa melayu. Jadi, bolehkah Hero digunakan dalam iklan bahasa melayu tanpa diterjemahkan?Kata Hero ada dalam bahasa Melayu dan tidak perlu diterjemah.Tatabahasa11.04.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hero diterjemahkan sebagai wira di dalam Bahasa Melayu, manakala superhero diterjemahkan sebagai adiwira (saya tidak pasti samada adiwira ditulis dengan jarak atau tidak.). Jadi, bolehkah saya menterjemahkan istilah - istilah komik seperti "super strength", "super speed" dan "super hearing" sebagai "adi kuat", "adi laju" dan "adi dengar/rungu(pendengaran dalam bahasa indonesia)? Terima kasih.Istilah yang dicadangkan boleh digunakan dan perlu dieja sebagai satu perkataan, iaitu adikuat, adilaju dan adidengar  Istilah18.07.2016
Apakah padanan untuk 'buff'? Dalam dunia permainan komputer (gaming), buff bermaksud suatu keupayaan yang memberikan kelebihan kepada karakter/hero setelah mendapatkan/menjumpainya. terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk istilah  "buff " dalam bidang Sistem Maklumat ialah buf.Istilah27.11.2022
Salam 1Malaysia, Tuan, apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk merujuk kepada kain layang atau 'cape' yang dipakai oleh hero Superman di belakangnya? Terima kasih.Istilah cape dalam bidang Kesenian diterjemahkan kepada mantel.Istilah23.03.2012
Apakah padanan sesuai untuk 'skin' ? Dalam dunia permainan komputer (pc game) dan mudah alih (mobile gaming), skin bermaksud kosmetik / peralatan yang dibeli untuk dipakaikan/dipasangkan pada karakter/hero dalam permainan tersebut.

Padanan bahasa Melayu untuk istilah  "skin " dalam bidang Sistem Maklumat ialah kekulit.

Istilah25.11.2022

Kembali ke atas