Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.rot] | هيروت

Definisi : (hérot) tidak lurus atau tegak benar, benyot, mencong: ibuku ketawa riang hingga ~ bibir mulutnya; ~-benyot = ~-berot terlalu herot; mengherotkan menjadikan herot, mem­ben­yotkan, memencongkan: garisan yg dilu­kisnya diherotkan sedikit; suaranya keras mengejut menyebabkan Timah ~ bibirnya; mengherot-herotkan menyebabkan herot be­ber­apa kali atau banyak kali; terherot-herot menjadi herot-berot, ter­benyot-benyot, termencong-mencong: kaca itu membuat rupanya kelihatan ~; herotan 1. sesuatu yg tidak tepat, kecacatan: ilmu pengetahuan mereka begitu bebas drpd ~ yg disebabkan oleh pengaruh sosial; 2. (Komp) perubahan rupa bentuk pd gelombang isyarat penerima berbanding dgn isyarat asal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.rot] | هيروت

Definisi : /hérot/ tidak lurus atau tidak tegak betul; serong; mencong (bkn bibir, mulut dll): Dia ketawa hingga ~ bibir mulutnya. ~-berot, = ~ benyot sangat (terlalu) herot. mengherotkan menjadikan herot; memencongkan: ~ bibir (mulut). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
herot (adjektif)
Bersinonim dengan bengot, benyot, mencong, serong, genjang, peok, piuh, perot, mengsol, gerenyot, kemek, mengot, menguk, gelebek;,
Kata Terbitan : mengherotkan, terherot-herot,


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
herot-petot[hE.ҍt.pE.tt]kata adjektif1. berkenaan dengan sesuatu yang bengkang bengkokBuat pagaq herot-petot, kambin pon buleh masok.[bu.wAt pA.gA)Ö hE.ҍt.pE.tt kAm.bin pon bu.leh mA.so]Buat pagar bengkang bengkok, kambing pun boleh masuk.
melebek[m«.lE.bE/]kata adjektifberkenaan dengan mata pisau, parang, cangkul dan lain-lain yang herotPisau ni melebek pasai budak-budak dok pi takek batu.[pi.sAw ni m«.lE.bE/ pA.sAj bu.dA/.bu.dA/ do/ pi tA.ke/ bA.tu]Mata pisau ini herot sebab budak-budak guna untuk menakik batu.
   2. berkenaan dengan tulisan yang tidak cantikBudak-budak ni tuleh herot-petot, payah sunggoh nak baca.[bu.dA.bu.dA ni tu.leh hE.ҍt.pE.tt pA.jAh suN.goh nA bA.tSA]Budak-budak ini tulis tidak cantik, payah sungguh hendak membacanya.

Kembali ke atas