Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[her.pés] | هرڤيس

Definisi : (herpés) (Ubat) sj penyakit berjangkit yg disebabkan oleh virus, yg menyebabkan terjadinya lepuh-lepuh kecil berair pd kulit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata herpes


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Kenapa ejaan koronavirus bukan virus korona? Bukankah menyalahi hukum D-M. Berdasarkan laman web prpm ada istilah virus korona. Mengapa tidak gunakan istilah yang sedia ada 2) Apa beza koronavirus dengan virus influenza, virus herpes, virus onkogen dan virus polioma?Ejaan yang betul ialah koronavirus kerana koronavirus ialah kata nama, iaitu nama virus yang ditemui dalam badan haiwan dan manusia. Oleh itu, hukum D-M tidak terpakai dalam perkara ini. Ejaan ini juga berpandukan kepada ejaan coronavirus yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) dan dieja rapat.Ejaan04.02.2020
Kenapa pencarian terjemahan untuk 'sexually transmitted disease' gagal menemukan jawapan 'penyakit kelamin'. Saya rasa 'penyakit hubungan jenis' tidak begitu tepat untuk terjemahan bagi STD.

Dalam data rujukan kami, padanan istilah 'sexually transmitted disease' ialah penyakit hubungan jenis. STD ialah penyakit yang hanya boleh dijangkiti dengan melakukan aktiviti hubungan seks. Antara penyakit yang biasa dijangkiti akibat hubungan seks terutamanya melalui hubungan seks rambang ialah klamidia, gonorrhea, herpes, sifilis dan HIV/AIDS. Kebanyakan pesakit ini jarang menampakkan simptom-simptomnya. Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada remaja perempuan menjangkakan bahawa mereka tidak akan dijangkiti STD tetapi apabila diperiksa 18 bulan kemudian, didapati satu daripada empat orang telah dijangkiti penyakit klamidia atau gonorrhea.

Penyemakan dan penterjemahan13.12.2019

Kembali ke atas