Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ba] | هيبا

Definisi : belas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu: semua orang ~ melihat budak-budak itu menangis memanggil ibunya; berhiba = ~ hati dirundung perasaan hiba: sudah berminggu-minggu dia ~ hati; berhiba-hiba menimbulkan rasa belas kasih­an, merawankan hati: ia menjawab dgn suara ~; menghibai menaruh belas kasihan terhadap, mengasihani; menghibakan 1. menimbulkan rasa belas kasihan, menyayukan (menyedihkan, meng­haru­kan) hati: suaranya tenang seolah-olah sudah dapat dilupakannya soal yg ~ hatinya; 2. berasa hiba (terhadap sesuatu): tak perlu dihibakan lagi nasib budak itu, ia telah pun mendapat tempat yg baik; kehibaan; ~ hati perihal hiba, perasaan pilu (terharu): dia tidak dapat menghilangkan ~ hati apabila mengenangkan peristiwa keba­karan rumahnya; penghiba orang yg (mudah) selalu berhiba hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ba] | هيبا

Definisi : sedih atau pilu (terhadap seseorang yg kemalangan dll); belas dan kasihan; terharu: Maka ~ hati sesiapa saja yg melihat anak-anak yatim piatu itu. berhiba, = ~ hati bersedih atau berperasaan hiba: Dia ~ atas kemalangan yg me­nimpa sahabatnya itu. menghibai berasa hiba atau sedih hati terhadap sesuatu; me­ngasihani: Tidak perlu kita ~ nasib budak itu, ia telah mendapat tempat yg baik. menghibakan menimbulkan atau mendatangkan rasa hiba; mengharukan; menyedihkan: Ratap tangisnya ~ hati. kehibaan, = ~ hati perasaan sedih atau pilu: Dia tidak dpt menghilangkan ~ hatinya apabila mengenangkan peristiwa kebakaran rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hiba
Rujuk :sedih

Puisi
 

Kalau tuan menanam betik,
     Siram dengan air sejuk;
Jangan hiba bunga yang cantik,
     Nanti tuan turut telunjuk.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaInderapura Pasatapan, Kan berkumpul dagang di Kerinci; Hati hiba bawa berjalan, Dilihat adik ditangisi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan menanam betik, Siram dengan air sejuk; Jangan hiba bunga yang cantik, Nanti tuan turut telunjuk.
Kurik Kundi Merah SagaKampung Jambak menyisir rimba, Di balik kampung Mandaling; Sedang dusanak lagi tak hiba, Konon kok orang berkeliling.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang pergi ke rimba, Pergi ke rimba menarah papan; Petang-petang hatiku hiba, Nasi sesenduk tidak termakan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau berbiduk usah berdayung, Kalau berdayung bilakan tiba; Kalau duduk jangan bermenung, Kalau bermenung tiba hiba.

Kembali ke atas