Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.bah] | هيبه

Definisi : Ar pemberian hak (harta) secara sukarela kpd orang lain dgn tujuan baik; menghibahkan memberikan (pd masa si pemberi masih hidup): ia telah ~ tanah itu kpd sahabatnya selagi ia hidup; penghibahan perbuatan memberikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hibah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hibahpemberian/hibahPerniagaan IslamTiadaPenyerahan barangan kepada pihak lain tanpa mengharapkan pulangan, keuntungan atau tukaran. Pemberian hibah adalah sah setelah dimiliki oleh penerima. Contohnya, pemberian kewangan oleh pihak bank kepada pendeposit akaun al-wadiah.
gifthibahEkonomiEkonomi IslamAkad untuk memindahkan milik sesuatu aset tanpa bayaran yang dilakukan secara sukarela. Hibah dalam urus niaga perbankan dilakukan apabila institusi kewangan memberi sebahagian keuntungannya sebagai hadiah kepada penyimpan akaun semasa dan akaun simpanan. Selain itu, institusi kewangan boleh memberi hibah daripada sebahagian keuntungannya kepada penyimpan akaun pelaburan sekiranya pulangan akaun tersebut tidak kompetitif berbanding kadar faedah simpanan tetap. Hibah kepada penyimpan akaun pelaburan diambil daripada rizab penyamarataan keuntungan.
ijarah thumma hibbahsewa hibahPerniagaan IslamTiadaAkad sewaan barangan yang diikuti akad hibah apabila tamat tempoh sewaan. Contohnya, bank membeli sesuatu aset yang diperlukan oleh pelanggan, kemudian menyewakannya dalam jangka masa yang dipersetujui bersama dengan syarat yang ditetapkan. Setelah selesai tempoh penyewaan, aset itu diserahkan semula kepada bank dan kemudian bank menghibahkannya kepada penyewa atau pihak yang telah ditentukan.
aqd ‘ainakad barangPerniagaan IslamTiadaAkad yang memerlukan penyerahan produk ketika akad. Contohnya, dalam akad hibah, penerima akan menerima produk daripada pemiliknya. Akad ini juga boleh berlaku dalam pinjaman produk, simpanan, gadaian dan hutang.
‘aqd tabarru‘akad tabarukPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan antara dua pihak secara ihsan dan tanpa mengharapkan balasan. Contohnya, akad hibah, iaitu pemilik barang mendermakan barang miliknya kepada individu untuk kebajikan atau pemilik meminjamkan barang kepada peminjam tanpa mengharapkan sebarang balasan
tabarru‘tabarru‘Perniagaan IslamTiadaAkad pemberian harta atau perkhidmatan secara sukarela daripada satu pihak kepada pihak lain tanpa balasan. Contohnya, akad wasiat, hibah, wakaf, derma, sedekah atau hadiah.
sharikah milkperkongsian pemilikanPerniagaan IslamTiadaPemunyaan bersama dua pihak atau lebih terhadap suatu harta tanpa keuntungan atau tanpa menggunakan lafaz akad. Contohnya, perkongsian dalam pembelian barangan, penerimaan hibah, wasiat dan pusaka.
sanad mudarabahbon mudarabahPerniagaan IslamTiadaAkad peminjaman wang kepada sebuah syarikat untuk diperniagakan. Keuntungan yang diperoleh dibahagikan mengikut kadar peratusan tertentu yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak sebagai hibah. Lihat juga sanad muqaradah.
taqbudunjuk terimaPerniagaan IslamTiadaPenyerahan harta yang dilakukan oleh pihak yang berakad. Contohnya, penyerahan harta dan balasan dalam akad jual beli tunai atau bertangguh, penyerahan harta dalam akad hibah dan penyerahan faedah kenderaan dalam akad ijarah. Dalam akad jual beli yang melibatkan harta ribawi, taqbud mesti berlaku serentak bagi mengelakkan berlakunya riba yad atau riba nasi’ah.
benevolent loanqard al-hasanEkonomiEkonomi IslamPinjaman kebajikan, iaitu peminjam hanya perlu membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan sahaja tanpa bayaran tambahan. Walau bagaimanapun, peminjam boleh memberi hadiah atau hibah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemberi pinjaman. Jumlah pinjaman yang diberikan biasanya kecil. Tujuan pemberi pinjam memberikan pinjaman ini bukan untuk menjana keuntungan tetapi untuk membuat kebajikan. Contohnya, pinjaman kebajikan yang diberikan institusi kewangan kepada orang miskin untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Sinonim pinjaman ihsan.
12

Kembali ke atas