Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dro.gen] | هيدروݢن

Definisi : (Kim) gas paling ringan, tidak ber­warna, tidak berbau, mudah terbakar, dan apabila berpadu dgn oksigen menjadi air; ~ karbonat garam asid karbonik; ~ peroksida sj sebatian yg sangat reaktif, dan sbg bahan antiseptik, bahan peluntur, dll; penghidrogenan perihal menjadikan se­suatu bersebati dgn hidrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dro.gen] | هيدروݢن

Definisi : gas yg tidak mempunyai bau, rasa atau warna dan membentuk air apabila bersebati dgn oksigen. ~ klori­da ist gas tidak berwarna, mengakis, berbau sengit dan digunakan dlm bahan kimia organik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidrogen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud bagi kuasa autonomi,hidrogen&krimerKuasa autonomi ialah kuasa atau hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain). Hidrogen ialah gas paling ringan, tidak berwarna, tidak berbau, mudah terbakar, dan apabila berpadu dgn oksigen menjadi air. Krimer ialah serbuk atau cecair berwarna putih yang menggantikan susu dalam minuman teh, kopi dan sebagainya.Makna17.03.2007
HIETROGENPerkataan tersebut tiada dalam rujukan kami. Perkataan yang hampir dengan ejaan perkataan tersebut ialah hidrogen yang bermaksud gas yg tidak mempunyai bau, rasa atau warna dan membentuk air apabila bersebati dgn oksigen. ~ klori­da ist gas tidak berwarna, mengakis, berbau sengit dan digunakan dlm bahan kimia organik.Makna06.06.2010
Assalamualaikum, Singas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ditakrifkan sebagai gas tiruan yg mengandungi kar­bon monoksida dan hidrogen, digunakan sbg bahan mentah asas utk pemprosesan bahan kimia. Sebagai pihak yang menyusun kamus tersebut, dari manakah datangnya istilah singas dan apakah padanannya dalam bahasa Inggeris?Salam sejahtera,

Tuan,

Singas berasal daripada perkataan syngas. Syngas merupakan kependekan  bagi perkataan synthesis gas.

Sekian, terima kasih.
Istilah18.12.2017
apakah maksud analitikal? berikan contohnya.terima kasih.Tidak ada perkataan analitikal dalam bahasa Melayu.  Padanan analytical dalam bahasa Melayu ialah analisis atau mencerakin, bukan analitikal. Contoh pengggunaan : 1. Menggubal sesuatu dasar memerlukan masa yang lama, penelitian dan analisis yang tajam dalam semua segi. 2. Jika kita mencerakin air, kita akan mendapati bahawa air terdiri drpd. hidrogen dan oksigen.Istilah11.06.2010
istilah kejuruteraan bagi- a) Condensate Filter b) Hydrogen Bullet c) Off Gas d) Accumulator e) solvent Feedstock f) Circulation g) Circulating h) Return Line Filter i) Top Circulating Reflux j) Colh front Cooler selain itu pengesahan bagi preheater sama ada prapemanas ataupun pemanas awal Terima kasih atas maklum balas yang bakal diberikan.

Puan,

Padanan istilah adalah seperti yang berikut:

i. turas peluwap ii. peluru hidrogen iii. tutup gas iv. penumpuk v. pelarut suapan vii. peredaran viii. edaran ix. turas garis balik x. refluks edaran atas  xi. perenggan dingin/sejuk xii. prapemanas

Istilah27.08.2010
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010
Assalam. Maaf, saya ingin komen tentang info unsur kimia pada ketumpatan dalam Kamus Dewan Perdana. Rasanya semua salah unsur kimia mengenai ketumpatan, contohnya Litium ketumpatannya 0.53 kg/m3, sepatutnya 0.53 g/cm3 atau 530 kg/m3.Terima kasih atas maklumat yang diberikan.

Maklumat tentang ketumpatan unsur kimia ialah salah satu maklumat tambahan yang dimasukkan ke dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020). Usaha ini merupakan langkah awal pemasukan maklumat sains ke dalam penyusunan entri bagi kamus umum terbitan DBP.

Selepas disemak, tidak semua ketumpatan unsur kimia itu salah, misalnya hidrogen dan helium (dalam kg/m3).

Pihak kami akan membetulkan ralat bagi ketumpatan unsur kimia yang terkhilaf (dalam bacaannya kg/m3) dalam penerbitan KDP edisi seterusnya.

Keprihatinan tuan adalah sangat kami hargai.
Lain-lain24.07.2021

Kembali ke atas